ikhwanshah.com header

Apa Itu Blogbuster?

Mesti korang tertanya-tanyakan apa itu Blogbuster. Ok actually Blogbuster ni adalah feature baru dari pihak Nuffnang. Makna nya selain kempen CPC (Cost-per-click) dan CPUV (Cost-per-unique-visit) yang selalu korang kecohkan tu, kali ni kita ada Blogbuster pulak! So, bagaimana benda ni berfungsi? Sama seperti CPC, cuma blogger tertentu yang akan dapat kempen nih. Macam mana diorang pilih gua tak tahu, yang gua tahu trafik mesti mantap. Sedikit berbeza dengan CPC, Blogbuster memerlukan korang upload short video berkenaan kempen yang korang dapat. Tapi ada term dan dateline yang perlu di ikut.

blogbuster

Contoh kempen yang gua dapat Smile

Contoh, last week aku ada dapat kempen pasal konsert Kpop tajaan tajaan DiGi. Lepas tu diorang ada la bagi sikit idea kalau korang dah betul-betul kering idea. Hari tu aku ambil saja video gwiyogi dari Keek kakak aku dengan member dia. Touch up sikit dan pastikan duration tak lebih 15 saat then baru upload. Sebelum tu pilih kedudukan iklan tu, bergantung pada blog koranglah di mana pelawat selalu klik. Alhamdulillah diterima. (mana tak happy-nya, kempen pertama kot)

Siap upload, tunggu sajalah sampai video korang lulus (baca: approve). Setiap kempen korang boleh upload sehingga 5 video, tapi satu cukup dah. Last sekali, goyang kaki tarik trafik sebanyak-banyaknya. Kalau nak tahulah, first kempen hari tu aku dapat RM71 (lebih kurang 142 view sebab satu unique view dibayar RM0.50). Oklah tu, sekarang mungkin dapat banyak tapi bila dah ramai yang join mesti jadi sikit. Kiranya time nilah kena sedut duit dari ‘diorang’. Haha.

Quick update!

1. Atuk dan Wan masuk wad, tapi alhamdulillah kesihatan diorang semakin baik.
2. Gua dah dapat result exam sem 4 hari tu. Alhamdulillah lagi sekali, DEKAN!
3. Aplikasi yang gua kolaborasi dengan pensyarah tu, 60% dah siap. Tunggu nak masukkan bahan dan repair bug.
4. Tak lama lagi nak tinggalkan KL dah, rindu seyh Frown

p/s: titanhijau if you read this, mana p blog anda?

Speak Iban, Ujian dan #PRU13

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat pagi Ahad dan bagi mereka yang sudah 21 tahun, pergi mandi satgi nak mengundi kan? Tak daftar lagi? Ish ish ish, shame on you. Orang dah beri peluang tukar kerajaan, ngade ngade tak mahu daftar. Lepas tu duk complain sana sini, kata ini kurang itu tak cukup. Last-last diri sendiri melopong, orang miskin makin miskin, orang kaya makin kaya. LOL!

Sudah 14 hari aku bertapak di Kuala Lumpur, ulang alik Selayang-Rembau-Selayang. Memang secara kebetulan kot, aku balik wan (nenek) masuk wad. Sesak nafas, paru-paru berair dan demam Frown Kata ayah, wan ada sakit berkenaan jantung. Sian wan, nak makan doc tak kasi, minum susu saja ikut tiub. Selang beberapa hari pula, atuk punya turn. Badan dia lemah, sakit dan batuk. Kena tahan di Hospital yang sama. Ujian ujian..

Seterusnya progress untuk applikasi SPEAK IBAN, setakat ni baru 45%. Design alhamdulillah siap. Rangka dah ada, cuma nak customize dan masukkan data saja. InsyaAllah boleh siap in time. Cuma risau nanti ada banyak bug dan tidak memenuhi citarasa lecturer Frown

That’s all for today, jumpa lagi dalam entri akan datang. Bye bye dan selamat mengundi! #IniKaliLah

poster-pru13