Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, aku berjaya ke pusingan seterusnya dalam peraduan gadget impian anjuran bro DenaiHati. Pertama sekali, aku mahu ucapkan terima kasih kepada team DenaiHati dan sponsor (lihat dihujung entri) kerana memberi peluang kepada para blogger bagi mencapai gadget impian mereka termasuk aku.
Setelah difikir-fikir semula, aku tetap dengan pendirian hati untuk memilih Samsung Galaxy Note sebagai gadget pilihan. Kenapa Samsung Galaxy Note? Semua bermula apabila..
♪ Today I don’t feel like doing anything
I just wanna lay in my bed ♫
Bunyi ringtone alarm hand phone memekik (speaker tak kuat mana pun) setiap pagi seperti selalu. Waktu itu aku pakai hand phone cabuk saja, jenama Neonode buatan Malaysia tapi asal dari Sweden. Walaupun hati sedang best menikmati kesedapan tidur, aku terpaksa gagahkan diri melawan setan yang bergayuh-gayuh di telingan. Aku memang jenis yang suka bergayut dan berdamping pada telefon. Sebelum masuk tidur wajib dengar lagu sampai tertidur walaupun lagu yang sama sebab handset aku muat 1GB saja. Bila dah pagi mula la terkial-kial cara phone atas katil. Yelah, phone aku kecil saja, kalau besar mudah sikit nak jumpa.
Setelah bangun, aku terus ke bilik air ambil wuduk. Pagi itu cuaca hening, sunyi tidak seperti biasa, hanya bunyi cengkerik kedengaran – hostel berhampiran hutan . Selesai solat Subuh, sebelum masuk bilik air semula untuk mandi. Aku on kan laptop Toshiba yang ayah aku belikan di Wisma Seberkas. Kelihatan room mate aku, Trevo sedang tidur nyenyak bersama handset Sony Ericsson X (versi apa aku tak tahu) yang baru dibeli beberapa hari lepas di sebelah. Perasaan cemburu jangan cakaplah. Kemudian, aku cucuk modem telcom biru ke lubang USB. Ku tekan double click pada icon bulat berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Browser favourite aku. Syarikat gegarsi ini bukan sahaja mencipta evolusi Internet malah kini giat libatkan diri dalam industri telefon pintar. “Android, agaknya bilalah aku boleh merasa kau“, sebutku di dalam hati.

[Sumber]
Kebiasaannya, sebelum membuka akaun Facebook dan periksa emel. Aku akan buka dua website tempatan kesukaan aku, blogserius dan amanz. (more…)
Incoming search terms:
- best ke samsung galaxy note
- samsung galaxy note best ke
- best tak samsung galaxy note
- galaxy note best tak
- samsung galaxy note ok ke
- samsung galaxy note best tak
- samsung galaxy note ok tak
- best ke galaxy note
- galaxy note ok ke
- galaxy note ok tak

