ikhwanshah.com header

Panduan

Terima Kasih Nuffnang

Artikel ni mungkin taklah sehebat artikel-artikel buat duit di blog earncent.com.

Rasanya hampir semua blogger kenal dengan titan yang popular dengan blog make money online-nya. Tiap kali ada lubuk emas atau program buat duit baru mesti dia akan buat kajian kes, edisi siasat bla bla bla. Tak cukup dengan tu, dia siap dedah panduan dan tips untuk bantu blogger-blogger noob macam aku. Part paling best, bila dapat komisen mesti dia akan show off dekat blog. Hahaha.

Aku mungkin baru lagi dalam dunia blog (baru lagi ke, padahal dah masuk 3 tahun?), so tak mampu la nak tandingi bilangan cek dari Nuffnang si titan. Semalam (Jumaat), aku terima surat daripada syarikat Nuffnang untuk bayaran ketiga. Nak kata banyak tak, nak kata sikit tak juga. Cukuplah duit untuk bayar sewa broadband RM68 untuk 2 bulan. Opss..

Terima Kasih Nuffnang

Bagaikan dapat kereta percuma selepas menang loteri, satu lagi berita baik datang kepada aku. Godek-godek akaun Nuffnang dapat dua buffered earning bertajuk DiGi Year End Sale (PMEB) dan Sloggi Girls’ Night Out-Teaser. Jutaan arigatou gozaimashita kerana sudi beriklan di blog buruk aku. Tips yang aku mampu beri adalah update, update dan update. Pastikan blog korang sentiasa di kemaskini dengan artikel baru. Jangan biarkan Nuffnang cop blog korang sebagai blog ‘mati’. Hias-hias sikit blog biar nampak kemas dah profesional. Barulah ada syarikat tertarik untuk beriklan.

Just nak bagitahu yang life aku di UiTM semakin teratur selepas ketewasan aku kepada kuiz calculus. Cuma dapat 3 markah daripada 21 Frown Sekarang aku dah boleh adopt sikit berbanding dulu yang rasa macam orang bodoh saja bila jawab soalan. Aku juga telah bercadang untuk part time menjual air tin di kampus minggu depan. Setelah di hitung tolak, dalam seminggu maybe boleh perolehi RM15 ke RM25. Bolehlah aku kumpul duit beli iPad 3 yang dikatakan bakal keluar hujung March nanti.

Sebagai penutup artikel kali ini, mari nanahkan telingan dengan lagu Sesaat Kau Datang versi Inggeris nyanyian Ramlah Ram dan SleeQ.

Incoming search terms:

  • kata-kata terima kasih
  • nuffnang
  • kata kata terima kasih
  • kata terima kasih
  • malaysia menang loteri
  • terima cek dari nuffnang
  • terima sewa

5 Website Hosting Malaysia Pilihan Ikhwan Shah [dot] Com

Assalamualaikum dan selamat petang, aku harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat. Dalam entri yang lepas aku ada mention yang aku ada sertai cabaran SEO bagi contest dan learning purpose di forum Carigold. Untuk memantapkan lagi pemahaman aku dalam SEO, aku cuba lagi untuk kali kedua. Cabaran keyword kali ini adalah “website hosting malaysia“. Peraduan ini berlangsung selama 2 minggu iaitu bermula 4 November dan berakhir 2 hari dari sekarang.

Terlebih dahulu, ayuh kita fahami dulu apa itu hosting dan domain.

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai manakala domain adalah alamat untuk laman web anda. [Sumber]

Dalam erti kata lain, domain ibarat alamat rumah dan hosting sebagai tapak. Tanpa alamat rumah, orang tidak akan dapat datang ke rumah kita, tanpa tapak pula kita tak akan dapat mendirikan rumah (blog).

Sekarang kita beralih pula pada senarai hosting terbaik yang berpangkalan di Malaysia. Hosting yang aku listkan adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan review dari blog-blog lain. Aku tidak dibayar atau disogok untuk menulis entri ini.

Fivio Hosting

Jika seseorang ingin menyewa hosting di Malaysia dan bertanya kepada aku, sudah pasti aku akan syorkan Fivio Hosting. Kenapa Fivio Hosting? Berdasarkan pengalaman dan penggunaan aku, mereka tidak pernah mengecewakan. Segala soalan dan aduan yang dilontarkan pasti akan dijawab dengan pastas. Support mereka memang tip top. Pernah sekali blog aku tidak dapat diakses sehingga 2 minggu atas kesilapan aku sendiri. Akhirnya mereka dapat juga menyelesaikan walaupun sedikit lewat. Selain itu, pakej yang ditawarkan oleh Fivio Hosting berpatutan dan murah bagi aku.
(more…)

Incoming search terms:

  • hosting terbaik di malaysia
  • hosting malaysia terbaik
  • web hosting Malaysia
  • hosting terbaik malaysia
  • web hosting terbaik di malaysia
  • web hosting malaysia terbaik
  • datakl terbaik
  • senarai hosting malaysia 2011
  • review fivio
  • senarai hosting terbaik 2012