ikhwanshah.com header

Peribadi

PTPTN Dimansuhkan? Wajarkah?

PTPTN Dimansuhkan? Wajarkah?

1. Heboh seantero Malaysia pasal demonstrasi jalanan oleh mahasiswa di Dataran Merdeka. Alasannya cuma satu, pemansuhan pinjaman PTPTN. Rasionalkah pemansuhan ini?

2. Tidak. Bagi aku pinjaman ini banyak membantu mahasiswa mahasiswi yang tidak berkemampuan di luar sana. Memang tidak dinafikan cas bunga (perkhidmatan) yang dikenakan agak tinggi. Pinjam RM15,000, bayar RM17,000 ke RM18,000. Siapa tak melenting, tapi untuk dimansuhkan terus? Aku amatlah tidak setuju, penambahbaik mungkin adalah jalan terbaik.

3. Peminjam pula bila dah dapat duit pandai-pandailah berjimat dan bahagikan. Dahulukan mana yang patut, sebab aku lihat majoriti banyak yang membazir pada tempat tidak sepatutnya. Perkara ini berlaku pada orang terdekat aku sendiri. Jangan kata aku main hentam saja, kerana aku tahu perkara begini berlaku.

4. Bila dah pinjam, pandai-pandailah bayar. Kalau tak mampu RM200 sebulan, RM100 pun jadilah. Jangan jadi kacang lupakan kulit. Isya-Allah, jika tiap-tiap bayar jumlah hutang pasti akan surut. Bab riba, jangan pinjam kalau tak mahu. Cara ikhtiar dan jangan malas!

5. Mahu biasiswa percuma? Boleh percaya ke? Entah-entah lepas kasi biasiswa free, pendidikan makin tidak dihargai. Yelah, dah nama pun PERCUMA.

6. Akhir kata, gunakan akalmu, jangan jadi seperti lembu yang ditarik hidungnya. Parti politik kata A, kita follow, kata B, kita ikut.

p/s ; aku tak pinjam PTPTN sebab aku tak mahu berhutang.

Incoming search terms:

  • ptptn dimansuhkan
  • wajarkah PTPTN dimansuhkan
  • kebaikan ptptn
  • ptptn
  • wajarkah ptptn di mansuhkan
  • wajarkah ptptn
  • ptptn di mansuhkan
  • sebab ptptn dimansuhkan
  • wajarkah ptptn dimansuhkan?
  • kenapa ptptn dimansuhkan

Selamat Hari Agung!

Selamat hari cuti yang indah! Hari ni mungkin ramai yang bangun lewat sebab cuti sempena pertabalan Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Bagi yang kena kerja, kerja kuat ye jangan ngular, nanti gaji tak berkat. Haha!

Hari ini mungkin ramai yang akan menghabiskan masa bersama keluarga atau pusing-pusing pasar (panggilan untuk shopping mall di Sarawak) window shopping. Aku pula maybe akan habiskan masa kemas bilik yang tak berapa kemas ni. Sendiri tengok pun dah semak apatah lagi orang lain.

Tiada yang menarik minggu-minggu yang akan datang kerana aku baru sahaja balik dari bercuti di Sri Aman. Melihat fenomena ‘benak’ yang menjadi tarikan di Sri Aman. Jika ada masa, aku akan rajinkan diri untuk upload gambar ketika berlibur di sana.

Sepanjang dua bulan ini (mulai hari ini), aku akan kerap kemas kini blog sebab aku sedang semester break. Dua bulan tu, sampai kepala otak ini pun tak tahu nak buat apa. Nak kerja malas, tapi otak ni fikir nak berbelanja saja. Maybe aku akan cuba untuk mencari peluang buat duit online seperti biasa. Duit ChurpChurp hampir boleh cashout, beberapa ringgit saja lagi. Nuffnang pula adalah dalam enam puluh ringgit macam tu. Cadang nak ‘pecahkan’ dua-dua tabung hujung bulan ni. Mahu buat belanja bulan Mei.

Ya, bulan Mei ini aku akan ke Kuala Lumpur. Balik hometown, woohoo! Rindu sial.

p/s ; dear nuffnang, kasilah BE lagi. tengah kering ni. love, your loyal customer.

Incoming search terms:

  • hari agong 2012
  • hari agong
  • gambar frame agung terbaru
  • hari agung
  • selamat hari agong