ikhwanshah.com header

Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info

Sementara menunggu keputusan pertandingan yang dianjurkan oleh Oh! Media Network. (Harap-harap menang, lama juga cari idea untuk menaip). Ikhwan telah membuat keputusan untuk menyertai satu lagi contest anjuran blogger muda kita, iaitu encik Yiedpozi. Bukan apa, Ikhwan cuma mahu mencuba nasib, mana tahu contest ini sangkut ke. Dapat juga menang hadiah tambah nilai RM 10, siapa nak bagi beb! Okeh, sebenarnya siapa sebenarnya Yiedpozi? Bagi mereka yang tak kenal, Yiedpozi atau nama penuhnya Muhammad Fariduddin bin Fauzi merupakan seorang blogger muda (13 tahun) yang berasal dari Terengganu. Di saat budak-budak 13 tahun lain sibuk menelaah PS3 dan X-box, Yied pula berblogging, dasyat-dasyat. Tak apalah dik, biar diorang dengan life diorang, blogging lagi banyak faedah, dapat kenal rakan baru pula! Nuff said.

Apa syarat-syarat dan bagaimana untuk menyertai contest ini?

Syarat-syarat

  1. Mesti seorang blogger dan mempunyai blog sendiri. (Tak kisah Blogspot ataupun WordPress)
  2. Kemudian, LIKE fan page blog Yiedpozi di Facebook.
  3. Entri wajib ditaip dalam bahasa Melayu.

Langkah-langkah

  1. Buat entri dengan tajuk ‘Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info’.
  2. Tag sekurang-kurangnya seorang rakan blogger.
  3. Di penghujung entri, sertakan link blog penaja contest seperti :
  4. Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info ini ditaja oleh Yiedpozi, Daus Ramli dan Anip.

  5. Selepas entri siap ditaip, tinggalkan link di sini.

Hadiah-hadiah

Juara

  • Sehelai t-shirt (saiz M / S / L/ XL / XXL) – Tajaan Yiedpozi
  • Ruang iklan percuma selama sebulan di Yiedpozi [Dot] Info – Tajaan Yiedpozi
  • Tambah nilai RM10 – Tajaan Daus Ramli
  • Ruang iklan percuma selama sebulan di Gempakz Siot – Tajaan Anip

Naib juara

  • Sehelai t-shirt (saiz M / S / L/ XL / XXL) – Tajaan Yiedpozi
  • Tambah nilai RM10 – Tajaan Daus Ramli
  • Ruang iklan percuma selama sebulan di Gempakz Siot – Tajaan Anip

Ketiga

  • Tambah nilai RM10 – Tajaan Daus Ramli
  • Ruang iklan percuma selama sebulan di Gempakz Siot – Tajaan Anip

Ulasan blog Yiedpozi [Dot] Info

Yiedpozi [Dot] Info

#1. Header yang menarik

Bila korang masuk saja blog Yied, benda yang pertama korang akan nampak ialah header. Bagi Ikhwan header di blog Yied sangat menarik dan tidak membosankan, kena dengan layout. Kalau korang nak tahu, warna merah (warna tema blog Yied) simbol kegairahan hidup, atau bahkan marah, warna yang membuat perasaan kegembiraan. Maknanya setiap kali korang masuk blog Yied, korang akan rasa ghairah dan gembira. HAHA. Baru ada feel nak membaca ye tak?

#2. Loading speed yang laju

Loading speed

Kenapa Ikhwan cakap laju? Cuba tengok gambar di atas. Hanya 0.63 saat saja di perlukan untuk loading blog Yied. Dalam blog Yied tak ada widget berat seperti lagu auto play, floating chat box, tarikh dan masa mahupun widget berat lain yang menjengkelkan. Widget-widget berat bukan sahaja menyakitkan hati pengunjung malah mampu menghilangkan minat mereka untuk datang kembali (revisit). Yied juga bijak menyusun kedudukan chatboxnya, dengan meletakkan di page yang berasingan dan bukannya di home page. Cara ini dapat meningkatkan jumlah page view dan seterusnya mengurangkan ranking di Alexa.


Cemburu pulak tengok rank blog Yiedpozi di Alexa. Frown

#3. Blogger yang mudah mesra

Kalau korang nak tahu, Yied mesra alam orangnya. (Bukan bodek okeh!) Setiap komen yang korang tinggalkan di blognya, pasti akan dibalas. Tak kira sama ada korang tinggalkan link dia ruangan komen ataupun chatbox. Dia pastikan akan membalas kunjung korang balik.

#4. Penyampaian yang santai

Tambahan pula, bahasa yang digunakan oleh Yied dalam blognya santai dan tidak membosankan. Ikhwan dapati, dalam seminggu Yied mungkin akan kemas kini blognya 3 atau 4 kali. So, pengunjung setia blog Yied tak perlu lama untuk tunggu Yied update blog. Yeeha!

#5. Terdapat fungsi “Tanpa Nama” dan “Nama/URL”

Ruangan komen
Fungsi ini amat berguna dan memudahkan mereka yang tidak mempunyai akaun Google terutama pengguna WordPress Razz Bila Ikhwan jalan-jalan ke blog ber-platform-kan blogspot. Ikhwan akan check sama ada blog itu menawarkan ruangan komen “Nama/URL”. Jika tiada, Ikhwan akan pangkah terus blog itu, bukan apa, leceh nak log in bagai.

Setakat ini sahaja ulasan Ikhwan untuk blog Yiedpozi. Untuk pertandingan kali ini, Ikhwan nak tag deCrewz dan sudu besi. See ya!

Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info ini ditaja oleh Yiedpozi, Daus Ramli dan Anip.

12 Comments

  1. deCrewz says:

    Owh…. Info yang boleh digunakan untuk semua blogger..
    Entri terbaru deCrewz, Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan

    1. Ikhwan says:

      Yup, ada point-point yang boleh digunakan untuk blogger lain di luar sana.

  2. rockinsudu says:

    alexa rank rendah gile kot. haha
    Entri terbaru rockinsudu, Setelah sekian lama

    1. Ikhwan says:

      apesal cemburu? dia bru 13 tahun. ranking mcm derr..
      kita yg dh tua ni.. ehh.. bkn kita, tp kau Razz

  3. Ali ridha says:

    aku orang bernama la.siap
    keluar gambar lagi tu.
    Entri terbaru Ali ridha, Pagenavi memudahkan penyemak entri terdahulu

  4. Affan says:

    owh baru tau pasal review ni. hehe.
    good luck bro, aku mungkin tak join, busy lah. nak update blog pun 2 3 hari sekali.

    hoho

    good luck
    Entri terbaru Affan, Tips- Macam mana kalau ramai blogger buat entry yang sama

    1. Ikhwan says:

      Tak apa bro, Ikhwan tak paksa pun untuk join.
      Ikhwan join pun sebab nak support kawan-kawan dan run blog ini dengan entri baru.

  5. iza says:

    Salam..
    Gud luck..
    Entri terbaru iza, Bukan Sekadar Kereta Mainan

  6. [...] dengan superhero? Setelah hampir 2 jam menonton, kami agak kecewa, sebab apa? Meh dengar sedikit review padat daripada [...]

  7. Yiedpozi2,,wlaupun kecik tapi berbisa ,,hahahaha Grin
    Entri terbaru Harfiz@Bizstudent, Langkahku mengenal IM part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeleton