Setelah 4 tahun program realiti Raja Lawak telah menghiburkan dan menceriakan hujung minggu rakyat Malaysia, kini Raja Lawak kembali! Raja Lawak (RL) merupakan sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang komedi di kalangan rakyat Malaysia. Antara pelawak yang dilahirkan melalui rancangan ini ialah Angah, Zizan, Nabil, Johan, Kumpulan Sepah dan Kumpulan Cham. Bagi peminat setia rancangan Raja Lawak, korang mesti dah tak sabar-sabar untuk menonton gelagat peserta-peserta raja lawak 5, kan? Sebenarnya Ikhwan pun tak sabar untuk menonton RL5, terutama geligat dua pengacara yang giler-giler, Azizan dan Johan. Diorang kalau buat lawak, memang boleh buat Ikhwan gelak terbahak-bahak tak ingat dunia. Hehe. Ikhwan dengar musim ke-5 ni ada finalis perempuan, betul ke? So, hari ni Ikhwan nak kongsi beberapa infomasi yang Ikhwan baca mengenai RL5.

Untuk pengetahuan korang, konsep dan format bagi Raja Lawak 5 masih dikekalkan seperti empat musim sebelum ini. Melalui ujibakat yang diadakan di seluruh Malaysia, pihak Astro telah memilih 12 finalis terbaik iaitu lapan peserta berkumpulan dan empat peserta solo. Antaranya Kumpulan PUKAW, Kumpulan R2, Kumpulan BOBO, Kumpulan KOPIO, Kumpulan BALAS, Kumpulan KAMI (nilah finalis perempuan yang Ikhwan maksudkan!), Kumpulan LUCKY, Kumpulan TBO, Nazmi, Man, Epy dan Leman. RL5 pula bakal bersiaran pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 di Astro Prima (saluran 105). Seperti musim-musim sudah, kesemua peserta akan ditempatkan di sebuah lokasi dan bakal menerima latihan serta bimbingan profesional oleh barisan pengkritik tetap pada setiap minggu secara bergilir-gilir sebagai persediaan sebelum membuat persembahan mingguan secara langsung.
Tiga orang pengkritik tetap (masih belum diumumkan) akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan; keaslian persembahan dan kreativiti; bakat dan kemahiran lakonan serta sama ada para peserta berpotensi diketengahkan sebagai pelawak. Walau bagaimanapun, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir.
Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sesi ujibakat melalui program Al Kisah Raja Lawak Astro sebanyak dua episod pada 30 & 31 Disember 2010 (Khamis & Jumaat), jam 9.00 malam. Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para peserta akan dipaparkan selama lima minit setiap siaran menerusi program Kapsul Raja Lawak Astro pada setiap Isnin hingga Khamis pada jam 9.00 malam bermula 3 Januari 2011. Manakala persembahan para peserta pada setiap minggu boleh ditonton menerusi program Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 9.00 malam bermula 7 Januari 2010 dari studio Finas, Hulu Kelang.
Program Raja Lawak Musim Kelima sekali lagi bakal menyaksikan gandingan mantap Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan dan Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara di Gelanggang Raja Lawak Astro pada setiap minggu.
Antara barisan finalis bagi raja lawak musim ke-5 :












p/s : Untuk maklumat lanjut mengenai RL5, korang boleh layari Astro.com.my atau Facebook RL5.
p/ss : Untuk mengundi, korang cuma perlu taip LAWAKNAMA PESERTA atau LAWAK<3/5/10/>NAMA PESERTA untuk (3/5/10 undian) ke 32999
Incoming search terms:
- raja lawak
- epy raja lawak
- kami raja lawak
- man raja lawak
- epy raja lawak 5
- kumpulan balas raja lawak
- lawak
- raja lawak mega
- raja lawak 5
- man raja lawak 5


kumpulan kopio tu cam lawak jew….hehehe
Tak tau lagi bro. Kita tggu 7 Januari ni..
lama dah tak layan raja lawak.. huhu
Entri terbaru misz nana, blog nana direview wavex!!
Lama jugak x gelak golek tengok raja lawak. Kat astro asyik ulang yang sama je sampaikan dah x lawak algi..he3
Entri terbaru deCrewz, Berbaloi Ke Ramai Follower
kumpulan kopio 2 dah mcm air tea susu hahahaha jgn mrh gurau jew…………..
Kepada Sesiap Yang X Sempat nak tgk kt astro or yg x da astro..
bleh la download kt cni..
http://zulmovie.blogspot.com/2011/01/gelanggang-raja-lawak-musim-5-2011.html
Sharing is Caring Right!!!