Umum mengetahui negara Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.9 skala richter, pada hari Jumaat yang lepas. Kesan gempa bumi telah menghasilkan ombak tsunami yang membadai sebahagian kawasan negara tersebut sehingga memusnahkan tanaman dan bangunan. Setakat ini, dikhabarkan lebih 10000 nyawa telah terkorban.
Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang menjadikan bencana ini sebagai bahan lawak. Apa yang dikesalkan adalah karikatur di dalam slot Ragam dalam akhbar Berita Minggu semalam. Lukisan jelas menunjukkan hero kebanggaan Jepun, Ultraman tidak datang membantu menyelamatkan mangsa-mangsa yang dilanda tsunami sebaliknya melarikan.

sumber : saniboey
Karikatur yang dilukis oleh kartunis Zoy ini bukan sahaja memburukkan imej Berita Harian malah nama Malaysia di mata dunia. Untuk pengetahuan pembaca, isu ini turut keluar di CNN iReport. Ianya kelihatan seperti kita (rakyat Malaysia) tidak mempunyai perasaan simpati dan kasihan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa bencana tsunami. Cuba anda bayangkan, apa perasaan orang yang kehilangan ahli keluarga atau rakan-rakan akibat musibah di Jepun apabila melihat karikatur ini?
Berhubung dengan kes ini, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul terpaksa meninggalkan kenduri kahwin yang beliau hadiri kerana terlepas pandang dan meluluskan kartun tersebut. Beliau juga memohon maaf bagi pihak Berita Harian secara terbuka di laman sosial Twitter beliau, @MiorBH dan laman web bharian.com.my sendiri.
Skip another weeding, have to rush to office. Tak boleh telan nasi lah. We make a big mistake. So sorry to everyone.
Ikhwan : Setiap orang pasti akan melakukan kesalahan. No one is perfect.
Incoming search terms:
- gambar ultraman
- nama dan gambar ultraman
- gambar ultraman berita harian
- gambar ultraman raja
- gambarultraman
- nama nama ultraman dan gambarnya
- NAMA ULTRAMAN DAN GAMBARNYA
- raja ultraman
- gambar ultraman tsunami
- foto raja ultraman


gambar tuh memang kelakor sebab segmen pun ‘ragam’. tapi mcm tak sesuai keluarkan saat2 mcm nie
Entri terbaru edda, pengaruh TV raja lawak
aku ade tgk ni pagi2 kat twitter huhu ades buruk name Malaysia
ultraman takut air ..hehe, tak sangka lak jadi isu
Entri terbaru joev, Panduan PHP
nasib baik twitter Fizz Fairuz tak masuk CNN jugak..
kalo tidak, memang teruk kita kena hentam.
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
yg peliknya, penerbit leh je lepas karikatur tu disiar di akhbar, takkan tak semak dulu..
harapnya lepas ni BH lebih peka.
Entri terbaru DaHLia, Perpisahan Ini – 1st Edition feat Aizat Amdan Lirik Lagu- Video Youtube
mungkin ada mesej disebalik lukisan ini,
“sekuat mana ultraman lawan raksasa, kuat lagi kuasa Tuhan”.
Nama pun lukisan. Wujud elemen ‘abstract’. Terjemahannya boleh saja jadi pelbagai. Berganutng pada yang menilainya juga. Untuk saya ia memang bermaksud ‘menyindir’ . Seperti mengatakan Ultraman dah jadi kecut perut pada kehebatan Tsunami itu. Ya! memang Tsunami itu pada 9 skala richter (betul ke eja ni?). Tapi kita patut tanya siapa yang mendatangkan Tsunami itu. Tidak fokus pada tsunami sahaja. Ia idak jadi dengan sendiri.
Jika sungguh nak berdakwah melalui kartun, saya cadangkan dia menukar perkataan Tsunami pada ombak itu kepada ‘Kuasa@Takdir Allah’. Baru mesej tepat.
Sekadar pandangan dari seorang manusia biasa.
memang tak patut keluarkan time nie. kalau lmbt2 skt ok kot. nasib baik die letak otromen jer, nape tak letak doremon + power rangers + mcm2 lg herola yg ada….
Entri terbaru razis, Cara Bersaing Dengan kekasih Suami
isu mcm ini pun nak kecoh ke CNN nie? isu pasal karikatur hina Nabi Muhammad takde plak die kecoh…..
Entri terbaru razis, Cara Bersaing Dengan kekasih Suami
org kita suka buat lawak.. buktinya hari2 kita gelak.. tp jagalah sensitiviti ok
terpulang pada tafsiran kita..itulah leluatan sekeping karikatur dan minda kartunis..memeang dari segi negatif menyindir ,,bagus tu maknanya otromen pun pun x mampu lawan tsunami sebab otromen x ujud di alam nyata..tapi positifnya tiada kuasa hebat yg lain selain Allah sahaja yg boleh lakukan apa yg org lain x mampu lakukan
wallahu’lam
Entri terbaru Blog Sensasi, Gempa bumi dan Tsunami di Jepun-10-000 maut di Miyagi saja
Memang benda macam ni tak patut disiarkan. Berita harian dah meminta maaf pada tapi adakah pandangan serong terhadap rakyat malaysia boleh diubah senang-senang je lepas apa yang terjadi?
Entri terbaru Hisyam, Blogspot Dan Blogpot Adalah Berbeza!
lg 1 lawak dlm gmba twitter tu ialah weeding
WEEDING= membuang rumput/berkebun
WEDDING = perkahwinan
Entri terbaru ARC, 3 Isu Penyalahgunaan Nama Allah oleh Umat Islam
Prasan je kau ni erk. Bhahaha..