ikhwanshah.com header

Maharaja Lawak Mega

Astro is a kick ass money generator company.

Selepas melihat kejayaan program Raja Lawak dan Maharaja Lawak yang berjaya mencungkil bakat-bakat baru serta mengangkat martabat bidang komedi. Kini, Astro sekali lagi membawa sebuah lagi program karut bagi mencari “tukang karut” terulung antara yang terbaik di Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega. Program ini akan disiarkan pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam menerusi Astro Warna (channel 132) mulai minggu hadapan. Siapa yang tak langgan lagi pakej mustika, memang padan mukalah tak dapat tengok macam aku. Hahaha

Macam biasa Maharaja Lawak Mega akan dihoskan oleh tauke gelang AC Mizal. Setap peserta yang bertanding dipilih dari kalangan pelawak-pelawak dan pelakon komedi di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Mungkin ni taktik Astro untuk tarik “customer baru” seperti Mas Rudy, Pak Sudir dan Ibu Endang yang bertapak di negara kita yang tercinta ini. LOL

Maharaja Lawak Mega

Menggunakan konsep dan format yang hampir sama seperti Akademi Fantasia-sia, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan sistem pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Pun begitu, peserta yang telah melakukan persembahan yang hebat (dan mendatangkan duit walaupun tak best) tetapi tersingkir masih berpeluang untuk kekal dalam persaingan Maharaja Lawak Mega dengan kuasa imuniti yang diperoleh daripada persetujuan ketiga-tiga juri seperti Mawi masa AF3 dulu.

Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid mengambil langkah berani dengan tampil sebagai peserta solo.

Para peserta turut diberi kebebasan untuk mewujudkan koloborasi antara dua negara seperti yang dilakukan oleh kumpulan SYOK yang dianggotai Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin. Kumpulan GEBU yang dianggotai Hani dan Azian juga pastinya akan menonjolkan keunikan komedi wanita Singapura. Maharaja Lawak Mega juga mengalu-alukan penyertaan peserta dari Indonesia iaitu kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan kumpulan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Untuk maklumat lanjut pasal program ni, korang boleh layari official website Astro atau di Facebook Maharaja Lawak Mega. Tak pun tekan je butang “R” kat remote Astro korang tu.

Dulu ada dengar kes yang perkataan “Maha” hanya boleh dipakai untuk Tuhan. Orang sekarang macam tak ambil kisah pun.

Incoming search terms:

  • maharaja lawak
  • astro warna-karut komedi
  • siapa pak lah cecupak
  • salman al-farisi raja lawak
  • program terbaru di astro warna karut
  • peserta maharaja lawak mega lanun
  • maha raja lawak astro
  • komedi karut di astro
  • finalis maharaja lawak mega
  • tok karut astro warna

6 Comments

  1. titan says:

    pehh, ramai gila kali nih..
    Entri terbaru titan, Komisen kedua dari RO2.biz

  2. Juan says:

    perghhh, semua ni bukan calang ni, otai ni, mesti tgkkkkk
    Entri terbaru Juan, HIMPUN | Selamatkan Akidah Umat

  3. izwannizam says:

    kau bayar sorang 20-30ribu untuk show ni..settle.diorang untuk juta2 sekali program diterbitkan.bila dah dapat duit,hati puas bergelak ketawa.perkataan Maha pun dilupakan….
    Entri terbaru izwannizam, Video Marco Simoncelli What A Tragedy

  4. Denaihati says:

    Lumayan lagi Astro. Sms dari seberang pun ade. Kena layan ni…
    Entri terbaru Denaihati, Integrasi CloudFlare : PERCUMA Untuk Semua Akaun Shared Hosting Serverfreak

  5. ohcikgu says:

    wahh..lumayan gila..harap orang kita yang menang nanti..
    Entri terbaru ohcikgu, Final Piala Malaysia 2011 – Terengganu VS Negeri Sembilan

  6. kultat says:

    oklah tue….boleh gak tgk lawak2 otai..yang tak ok nyer astro cilake kenekan bayaran nak tgk…hahahaahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeleton