ikhwanshah.com header

(PANAS) Kisah Rumah Sewa RM50 di Seksyen 2 Shah Alam

Panas panas panas! Entah mengapa, cerita hantu rumah sewa RM50 di Seksyen 2, Shah Alam menjadi popular secara tiba-tiba. Kisah ini pada mulanya di-post oleh Mr. G di sebuah forum komuniti tempatan (http://gengcerita.activeboard.com). Kemudian, nukilan ini telah di-share di Facebook, forum dan blog sehingga ada yang mengaku sebagai penulis asal. Kisah ini turut mendapat perhatian blog popular tempatan seperti blogserius. Mungkin sebab itu kisah ini mendapat impak yang kuat di search engine. Malangnya, terdapat juga sesetengah pihak yang telah tokok tambah dan ubah tajuk cerita. Sama ada kisah ini sahih atau tidak, Ikhwan tak dapat pastikan. Cerita dibawah telah Ikhwan sunting dari bahasa SMS ke bahasa baku tanpa mengubah jalan cerita yang asli.

Rumah Seram Seksyen 2

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.

Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.

Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.

Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorang kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.

Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!

Bersambung..

Sumber asal : http://gengcerita.activeboard.com/

Sambungan cerita rumah seram seksyen 2…

Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.

Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.

Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.

Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310

Sumber asal : http://gengcerita.activeboard.com/

Agak-agak mana satu rumah yang digambarkan dalam cerita di atas?

Rumah Angker 1

Rumah Angker 2

Rumah Angker 3

Rumah Angker 4

Rumah Angker 5

Kredit : Forum CARI

Seram juga bila Ikhwan baca kisah yang di-share oleh saudara Mr. G. Nasihat Ikhwan, bagi mereka yang ingin membeli atau menyewa rumah lama, pastikan korang check latar belakang rumah dan penghuni lepas-lepas sebelum membuat keputusan. Jangan dah kena ganggu, baru nak salahkan orang lain.

Ikhwan : Jika betul kisah ini berlaku, Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban.

Incoming search terms:

  • rumah sewa rm50
  • rumah hantu seksyen 2
  • rumah berhantu seksyen 2
  • rumah berhantu seksyen 2 shah alam
  • rumah sewa
  • rumah sewa shah alam
  • rumah sewa rm50 shah alam
  • rumah hantu di shah alam
  • rumah seksyen 2 shah alam
  • kisah rumah sewa rm50

98 Comments

  1. Affan says:

    aku dah baca kisah ni.
    aku duk shah alam, dah lama aku dengar kisah rumah kat seksyen 2 tu, cuma tak berapa pasti kebenarannya.

    gambar yang no 3 tu kan?
    no 4 depan jalan besar kalau tak silap, berhadapan dengan wetworld.
    tapi rumah2 kat sek 2 memang besar2 dan lama2.
    Entri terbaru Affan, Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara

    1. Ikhwan says:

      Ramai yang kata rumah no. 4 (di atas).
      Yang no. 3 tu orang reka-reka je kot.

      1. fathi says:

        yg pasti,rumah hantu yg dikatakan ialah gmbar ke 3..
        terletak di seksyen 2,,Jalan Bunga Kemunting 2/10
        Shah Alam, Selangor 40000…
        2je yang aq pasti..

      2. adieyla says:

        umah y no.3 y betul..sy dh g tgk…mmg ade pokok ara tu…memang seram kawsan tu

      3. zahra says:

        saya x jmu2 bca cita nie tpi semua rumah 2 beran2 kerw…awak dpt citer nie kt ner???

      4. bdk uitm says:

        ade no y bleh di hubungi x??

      5. cerita ini memang suspen, tapi aku rasa dalam cerita ini mungkin status rumah bukan banglo, tapi rumah teres 2 tingkat, jadi aku rasa rumah no.3 memang betul. sebab aku dapat rasakan.

      6. kyra says:

        no 3 pun betul jgk. sebab membe kyra dah penah kena. siap kne campak tido kt luar. tgh jalan pulak.

    2. dayah says:

      tpy kalo no 3 tuh rumah teres 2 tingkat ..mungkin ?

  2. mejoh says:

    rmh no 4 2 kat seksyen 12, yg 2 pn berhantu gak..cuma rmh 2 x siap, so mmg xde sesapa yg duduk sana

  3. mejoh says:

    silap2..yg no 5 sebenanye yg kat sksyn 12

  4. teyha says:

    ishh..sram jgak cte kowank niey..kcian kt naim n saleh..al.fatihah untok dye owank..
    yunk laen amek pgjran apw yunk blku k..

  5. faezMUAR says:

    mase 7 tahon dulu, aku ade lalu kat umah tu… rase macam x kene… aku rase sejuk tpi panas terik lebih kurang kol 12.30 tgh hari…

  6. Nania says:

    Sungguh menyedihkan…tetapi cerita ni adakah benar-benar kejadian atau Cobaan?

    1. Ikhwan says:

      Entah, mungkin betul-betul brlaku, mungkin tidak.

  7. Adilla Harun says:

    Ada dapat email dari adik akan cerita ni. Saya meneka rumah ke-3 berdasarkan ceritanya yang kata ada pokok menghimpit ke arah rumah. Rumah tu memang mysterius aje nampaknya. Kembang roma tengkuk!

  8. teyha says:

    aku pn pnah kne beb.. tu ok lg.. aku kne siap bnde tu ikot pg mkn lg..
    siap tlg bkak pintu uma utk aku lg.. mlm2 kteowg xpyh ssh2 nk ttp lmpu..
    kompem2 bnde tu tlg ttp kn.. klu ko ase aku ni ngomong ksong je..
    ko try la sewa uma sial tu..
    kt alor gajah mlake.. ssmpg 3 rumah dimas..
    kteowg dok uma tu,, ckop la 3ari untk brambos!!

    1. olin says:

      boleh caya ke???

    2. LIYA says:

      Kat mane umah yg teyha sewa tu??
      sbb ak pon akn mnyewa kt alor gajah..
      cite detail skit..

    3. waneey says:

      ha yer ker kat alor gajah melaka??
      wanie pown dok melaka gak..
      menakot kan tol kaa.. Smile

  9. umh pic 3 r kn..umh pic 5 umh mona fendy..law nk g jom..kte ronjang..haha

  10. kyraaaa says:

    ya allah menakut kan sahaje , alfatihaaa

  11. misplace says:

    no 4…corner lot tummg sejak kecik dh dgr citer psl umh tu,,even bile dh bljar kt uitm 10 thn yg lalu kt PPP pn mmg masih dorg kata umh tu,…mak saya yg staf uitm pn kata umh tu..so umh tu sudah bergenerasi bercerita ttg keseramannya..kesahihannya saya tak pasti..tp pernah saya terdengar dulu hantu dari rumah tu serang smpai ke tasik..so tu yg dh xde lagi aktiviti tasik seperti dulu..dulu tiap ptg masa saya kecik,siap bole kasi ikan mkn roti kat tepi tasik,skrg ni jgn harap la ada yg nk dekat dg tasik tu…

  12. Dellz says:

    Sy Nak tubuhkan group penyiasat nak ke rumah tu bwa handycam sekali
    ..sy x memain..

    1. ika says:

      nak ikot…skenyer advanture teroka dunia lain…dorang still makhluk allah…kan??????/

      1. waneey says:

        hahahaha.. nak ikot jugak laa.. suke suke..suke

  13. zoul says:

    sy duduk s.alam.. rumahnye adal yg no.2. tq. depan wetworld, berhmapiran sirim..

  14. Sahabat says:

    muncul la wahai 4 sahabat untuk memberi jawapan yg tepat……..plsssss…

  15. hamba Allah says:

    Rekaan semata-mata. sekadar hiburann huhu

  16. Mohammad says:

    tolong bawak aku g umh 2…aku nak try mcm ne…n aku nak jmpe tuan huni rumah 2 yg sebenar

  17. Mohammad says:

    sila call aku di no 0126922530..
    aku teringin sgt g rumah 2
    Entri terbaru Mohammad, Zarabianie przez Internet czy praca przez Internet

    1. shya says:

      nk ikut..tp siang ari jelah,,joomm..

  18. Dyra says:

    yeah..bawa saya sekali.. saya pown mahu mencari kebenaran nye.. just add me on fb Dyra Adnan

  19. nonie says:

    Salam Bt anak2 yg mngikuti kisah ini….. biarlah auntie ceritakn sedikit…ms auntie tgh mencari2 rumah utk didiami 5 thn lalu auntie terlihat rumah comel bumbung 3 segi tu..mmg kelihatan menarik dan halaman pn di maintain. tp tkde pnh tgk sign board for sale ke apa. Auntie slalu lalu berhenti n bgtau uncle yg auntie suka rumah tu. nk dijdkn cerita bbrp bil lps tu uncle penah lalu dpn jln besar tu dgn kwnnya n bgtau kwnnya yg auntie suka rumah tu tp tktau sapa tuan rumahnya. Tp pelik gak kwn uncle mcm tk galakkan kalu bli umah tu…dia ckp cari lar umah lain..tk sesuai lar…ropanya owner tu dia kenal n sedara dia kalu tk silap auntie lar…kemudian br auntie tau umah tu..perghhhhh……(auntie ni termasuk golongan “korang berani gak”). umah tu mmg nmpk kusam, suram n tkdk serinya…..Syukur gak tk beli umah tu..kalu tk apa jd tktau lar….)

  20. lisa says:

    rumah yang dimaksudkan tu adalah pic rumah no.3…………..

  21. Saya says:

    No 3!!! just nk share cite 2-3bln lps, kwn sy bawa anak buah dia lalu jln tu. tiba2 anak buah dia yg duk eat blkg ketawa, kwn sy dh seram dh, bila tnye kenapa, anak buah dia yg br 2thn ++ ckp “friend!”smbil tunjuk kat arah rumah tu, kwn sy diam sbb seram sgt, bila blk rumah cerita kat mak dia, mak dia (merangkap nenek budak tu) tnye anak buah tu “friend ckp apa?” , anak buah yg br nk pndai ckp tu kata “friend kata hye jassie”

  22. suria says:

    rasanya rumah no 2..i pun ex student uitm n pernah menyewa kat area situ..rumah no 2 tu ada org situ pernah citer sekeluarga mati dibunuh perompak…wallahualam la…memang banyak rumah berhantu di seksyen 2 tu jadi korang yang menyewa disitu berhati-hati ye.

    1. shya says:

      samelaa..mase blaja thn 2000 dulu pn dh kirenya sume student uitm taulah citer ni Smile

  23. farah says:

    eish btol kew crite niw… cm xcye jew… btw seram + sedih…

  24. hazlan says:

    klu ak,pjak jew owner uma tue . .

  25. Pija says:

    isk.. no 2 ker no 3 nie… tp la kan… memandangkan haku ni dah lame duk kat S.Alam nie sejak kecil lg… yg haku slalu nampak umah gambo no 2 tue… mmg sejak sekian lame x berpenghuni tp… umah tue mmg bersih jerk… slalu gak aku lalu situ… smpai skrg la nie… umah tue mmg maintain bersih… mggu lepas aku lalu lg kat situ… dan seperti biasa ati aku nie slalu tanye “nape xde org duk situ.. pelikkk sungguh… cantik siuttt….”
    tp betul ke umah tue yg di maksudkan berhantu…. ?? Allahu’alam….

  26. eda says:

    sume rumah mmg seram la..ad antu..sme nmpk or x je

  27. Eds says:

    Gambar no4 tu rumah mona fendi sek13. no.1 kalau tk silap mcm rumah family yg mati terbakar tuh.

  28. citer ni memang suspen, tapi status rumah yang korang cerita tu…bukan banglo tapi rumah teres 2 tingkat, jadi rumah no. 3 tu….memang dapat aku rasakan

  29. lulu says:

    mmg seram tul..bru bce dh seram sejuk 1 badan klu g umah 2 lg beku kot..

  30. akueachik says:

    xtaw rumah yg mna satu..tp crita ni bole bt aku x tido mlm..haish.

    1. fauzi says:

      ala tido jer la, pejam mata habis cerita

  31. effa says:

    takot lahh , baru ingt nk sewa rumah kt area seksyen 2 .

  32. zeeta says:

    menurut sumber2 yg boleh dipercayai rmh no 3 tue..saya ada kwn mascom uitm yg buat praktikl dgn uncle seekers so die ada bg info2 ckit..

    sek2 ni mmg seram sbb rumah2 dah lama..ada membe yg duduk dgn family kt ctu pn slalu kne kacau..dpn rumah die ada pokok..since rmh banglo, lau ktorg dtg kne tggu dpn gate tekan loceng..’benda’ yg duduk atas pokok tu selalu cuit bahu kalau kite berdiri bwh pokok tuu..SERAM!!!

  33. syazwanizr says:

    rumah yang no 3 tu dekat dengan rumah sedara aku je. sekarang, owner rumah tu dah cat balik rumah tu kasi cantk. mmg tak nmpak mcm rumah hantu lagi dah. tapi, sedara aku cakap, rumah tu owner dia tak penah kasi sewa orang. bukan yang tu kot.

  34. farizat says:

    aku rase rumah nombor 3.. selalu gak aku lalu situ.. ye la.. aku duduk seksyen 7.. lepas dengar citer pasal rumah nie, aku terus carik.. baru semalam aku lalu, rumah tu dah di cat putih.. pokok tu cam dah kene tebang je.. buaian tetap ade.. dua2 buai tu masih ade..

  35. Adam says:

    best la cite nie..kan bgus skrip nie anto g pgarah filem..mesti cite anu meletop dipawagam ..hhehe,

  36. fauzi says:

    agak susah nak percaya kalau sampai menyebabkan kematian

  37. Assalamualaikum…
    Saya teringin nak membeli rumah ni…
    tapi sayangnya tak tahu nak contact siapa.
    Kalau besar,rasanya nak buat pusat pengajian di sana…
    Sesiapa yang boleh membantu..semoga Allah merahmati dan membalas jasa kalian…
    Nombor telefon saya : 014 – 2232337 ( Mohamed Khalid bin Shahul Hameed).

    1. ahmadalbab says:

      ini bagus…positive thinking… kita ni patut takut ngan Allah jer, supaya kita jadi org baik..yg nak takut hantu tu pe hal…hantu tu yg patut takut kat kita… jgn terpedaya. dah byk sgt cerita2 seram dan khayal mcm ni di sogok dlm masyarakat melayu…dlm TV berlambak…wayang pun sama… takde faedah pun… tak boleh buat bangsa melayu maju …sedih la org kita nih… memang la makhluk tu wujud…peranan dia nak menyesatkan umat mansia yg lemah iman… sbb itu jadilah ‘org2 mukmin’ supaya kuat…baru la hantu syaitan takut … ini terbalik pulak….

      1. akmal daniel says:

        btol tuh..sbb sepatotnye iblis yg kene sujud kat adam, so maknenye die kene tkot dgn manusia
        Entri terbaru akmal daniel, Maharaja Lawak Mega

  38. ajam clunk says:

    law nk uat kajian ajak lah kitaorg skali..
    sbb ktorg tgh mncri org yg btl2 nk uat kajian n membuktikkn kesahihannya.
    fb ajam.keci@yahoo.com tq..

  39. shariff dol says:

    Tengok rumah2 ni, memang nampak menyeramkan. No wonder la kalau dikatakan berhantu. Agak2 camne la owner jaga umah ye….

  40. aisyah says:

    ya Allah..jauhkan aku dari gangguan syaitan…Frown

    1. ahmadalbab says:

      aisyah…disamping berdo’a perbanyakkan membaca ‘ayat Kursi’ dan amalkan membaca ‘surah Yasin’… insyaAllah iman bertambah hantu syaitan pun takut… tak caya cuba amalkan… siapa buat dia dapat…wallahua’lam…

  41. logik says:

    citer ni rekaan semata2 nak bt suspen n nk glamour jer..banyak perkara bleh pertikai kesahihannya..kan salleh tu ajak mamat lima orang 2 g kedai hakim sal pulak cari salleh lagi? lu fikirlah sendiri..n then pencerita tk nk bagitau rumah mana satu..ni dah kemaruk dvd hantu banyak sagt tengok filem hantu..hehe. or pencerita pun dah hilang ingatn sbab penah duduk rumah 2 eee seram..

    1. ahmadalbab says:

      saya rasa setuju dgn komen logik… bila lah agaknya minda kaum bangsa kita ni nak berubah… asyik leka layan dan khayal ngan benda2 mcm ni…

  42. iera says:

    time part batu nisan 2 ..ish meremang bulu roma bace nye…

  43. acab says:

    rumah no 3..lokasi die dekat ngan medan selera seksyen 2 yang lama..skarang medan tu da roboh lagi senang nampak..
    no 4 dekat ngan sirim..no 5 kat taman seblum smpai pjabat pos shah alam..
    yang no 5 tu aku penah pegi tgk siang2..zaman sem 1..tgh bongok lagi..
    rumah tu mmg besa n da 80% siap..dengar cite tuan die meninggal..tu yang umah x sempat siap tu..n jiran berdekatan umah ni akan marah law ade ghostbuster yang dtg cari pasal sbb last2 menyusahkan die jgak..ahahah

  44. ahmadalbab says:

    kita ni patut takut ngan Allah jer, supaya kita jadi org baik..yg nak takut hantu tu pe hal…hantu tu yg patut takut kat kita… jgn terpedaya. dah byk sgt cerita2 seram dan khayal mcm ni di sogok dlm masyarakat melayu…dlm TV berlambak…wayang pun sama… takde faedah pun… tak boleh buat bangsa melayu maju …sedih la org kita nih… memang la makhluk tu wujud…peranan dia nak menyesatkan umat mansia yg lemah iman… sbb itu jadilah ‘org2 mukmin’ supaya kuat…baru la hantu syaitan takut … ini terbalik pulak….

  45. uwais says:

    mse aq blaja kat uitm shah alam aq penah sewa kat rumah tu….mmg berhantu…tambah lagi ade pokok ara….aq sorang pulak 2 tidur kat atas…mcm kejadian citer kisah rumah ni…

    1. ben says:

      yeje ko nie…

  46. fuzail amin says:

    ya allah lindungi lah Skeleton

  47. KEPALA HANTU says:

    ni cita rkaan smata2 ni,x kn la hntu smpi mngundng kmatian, akai ada ke bro??nk buat skrip pn agak2 la, da byk ak dngr ksh tntng uma 2, p x pna dngr visitor mati gra2 hantu ni

    1. hayani says:

      kalo bro kata rekaan,ceq nak bro g umah tu,n stay a night kat sana… amacam? ade bran? kekek….yg pernah lalui jer tahu apa yg berlaku…. saya nak bro duduk sehari semalam jer..xpayah 2 or 3 hari…sehari dah memadai… thanks~!

      p/s:ghost buster pon xbrani nak buat pengambaran tempat2 seram…umah seksyen 2 n highland tower… dah bnyak yg request,tapi dua tempat nie tetap dorang xbrani nak buat pengambaran…kenapa yer? sbb xde hantu or ghostbuster sendiri pon xbrani nak pergi? buka minda anda semua…

      1. hazman says:

        xde lar…ak duk situ dr 1991..mane ade cite cm 2…bapak duk kt situ sejak umah tu bru bngun lg…siap pgg jawatan lg kt situ…kalo ade kjadian msti lar org ngadu kt die sbb die papehal msti rujuk kt kt ajk penduduk…adoi lar korg yg prcye cite ni…lg pon 9 taun dlu citer korea sape yg layan??

  48. Meei says:

    aku smpati dgn nasb korng & aku ucapkan takziah pd arwah2 memoga rohnya dicucurirahmat & ditmptkan dlm orng2 yg berimam aminnnn.

  49. Meei says:

    yg tak kena dia tak rasa, yg dah kena paham2 aja la.

  50. Hellbeastkiller says:

    Tak tau ar nak cakap cmne..kalau nak citer pasal aku punye tempat lg lah seram…tempat bandar besar macam ni pon korang nak takot..aku yg tgl kat kawasan pedalaman (kalau tengok kiri kanan je semak ngan hutan) yg kalau diikutkan lagi lah kena expose ngan benda2 camtu lagi lah nak takot…kat sini orgnye 24 jam kot tak tido..and ade pulak bising2 bunyi dari kenderaan lalu lalang…yang lagi dashyat tu hantu kejar sampai ke tengah jalan…korang betul boleh tengok hantu ke???korang pernah tengok yg betul real ke??..ni tak lain tak bukan..asyik kain putih je..rambut panjang..koyak rabak..

  51. Ape apa aja.. says:

    Cuba tgk iklan kat mudah.my yg di post pada 29 dec..umah no. 3 tu nak dijual dgn harga 66k jer..cepat ler beli..hehhe..cantik dh umah tu..

  52. paklie says:

    Asalamualaikum…aku pn dh lame dok shah alam,tp mmang tgk rumah nie nmpak seram,,cumenye si pncerite nie kate,rumahnye banglo,pkok ara mnjalar…yg ade kt sni n yg mcm ade kne dgn cite nie rumah no 3…btul x kwan2?? Yg nie rumah teres 2 tgkat la bro…ape pn bnde ghaib nie mmang wujud…Namun hanya ALLAH SWT yg maha berkuasa…jgnlh kita terlalu taksub pd syaitan yg hnya akan mnyesatkn kita Islam…. Tiada kuasa yg mampu mngatasi kuasa ALLAH….takut hnya pd ALLAH…kerna kita miliknya….Harap Maaf. Cry

    1. ir2020 says:

      Sold out..

  53. Epihaha says:

    Sepanjang aku duk umah depan (gambar no 3)nih xdek pape yg berlaku… Mungkin aku rase cerita ini dibuat2… Atau rumah bukan didepan rumah aku nih…

    Untuk pengetahuan semua… Sejak cerita nih tersebar… Rumah depan rumah aku nih dah jadi pasar malam… Setiap ari ramai je… Kalau nasib x baik… Kene cekup skali ngan polis…

    Dan… Secara tidak langsung rumah kami diganggu oleh manusia2 yg ingin mendengar cerita sebenar… Untuk pengetahuan anda… Kami tidak tahu menahu cerita itu benar ataupun tidak… Dan janganlah bertanyekan soklan yang pelik2 pada kami… Kami mahu hidup tenang dan tenang…

    Tolonglah datang secara aman jika mahu melihat rumah tersebut… Yang sekarang ini rumah tersebut tidak lagi seram keran sudah di bangunkan semula oleh tuan rumah… Jangan berbuat bising ketika melepak depan rumah tersebut kerana anda mungkin akan mengganggu kami disini…

    Sekian…

    Soklan spot yg slalu kami dapat ialah:
    Ade nampak?
    Jwp: xde
    X takut ke duk sini?
    Jwp: x sebb kami hidup cara aman x ganggu sape2..
    Ade no tuan rumah?
    Jwp: xde
    lame dah duk sini?
    Jwp: dalam dua taun lebih la…
    Kami ingat nak beli rumah nih…
    Soklan aku: x takut?
    Mengganggu ke kami datang?
    Jwp: xpe dah biase…

    Kalau nak datang tanye soklan lain pulak k… Smile

  54. mustafa says:

    boleh bg x no .owner rmah 2…..sy ingat nk mnyewanya tok buat program…..
    boley korang tolong cr kan?

  55. mustafa says:

    boleh bg x no .owner rmah 2…..sy ingat nk mnyewanya tok buat program…..
    boley korang tolong cr kan? Cowboy

  56. The Malay says:

    #include
    using namespace std;
    int main ();
    {
    cout<<"Hello, World!"<<endl;

    system ("pause");
    return 0;
    }

  57. uitm student says:

    hye..korang…korang tw x kenapa rumah banglo putih nie berhantu?
    ad org bunuh diri ke? or mmg tapak asl “that thing” ?
    just curious je..anyone bleh share x?

  58. hazman says:

    xde lar…ak duk situ dr 1991(taun ak lahir)..mane ade cite cm 2…bapak ak duk kt situ sejak umah tu bru bngun lg…siap pgg jawatan lg kt situ…kalo ade kjadian msti lar org ngadu kt die sbb die papehal msti rujuk kt kt ajk penduduk…adoi lar korg yg prcye cite ni…lg pon 9 taun dlu citer korea sape yg layan??

  59. syuresh says:

    gua sedih btul lpas bce tntng kisah ni

  60. abd says:

    kenapa takut kpd selain Allah.. rugi.

    إن أكرمكم عند الله أتقاكم

  61. czah mazlan says:

    mgkin btol citer ni cam x logik sbb die ckp hn2 tu kejar smpi tgh jln…tpi rse nyer x mustahil sbb arwah salleh ngan naim 2 yg cri psl dlu…nenek ak pon dlu pnh kne smpi bengkak giler satu tgn sbb die terlggr tmpt bnde 2 ‘stay’..wallahualam…apepon Allah je yg tau kbnrn nyer

  62. Ninie says:

    tgk rumah pun dh tau berhantu bro Skeleton

  63. HAFIZI says:

    kena tipu belaka….
    org yg cerita pun tak yahu rumah yg mana….
    aku yg dah berpuluh tahun dok situ pun tak dgr apa2,stakat org cerita dari mulut ke mulut je….tak de yg sahih pun..

    SUBAHANALLAH……

  64. mhafizi81 says:

    kena tipu belaka….
    org yg cerita pun tak tahu rumah yg mana….
    aku yg dah berpuluh tahun dok situ pun tak dgr apa2,stakat org cerita dari mulut ke mulut je….tak de yg sahih pun..

    SUBAHANALLAH……

  65. hanyz says:

    mesty umah dkt shah alam,sek 2 murah en?? ye la..seramm jeww tengok..

  66. Sofea harap korang jangan lah buat keputusan secara mendadak tau . Nicang dulu denagan sesiapa kalau nak neli umah sewa tau

    AL-FATIHAH BUAT ARWAH NAIM & SALLEH

  67. Ahmed says:

    Cerita kat atas ni confirm tipu.. 9 thn lepas..aku pun x tau thn berapa since cerita ni di ceritakan kpd umum..let say tahun 1999 or below.. dlm citer ni diorg ade ckp diorg download lagu? cmne diorg download lagu? baru sehari pindah dah masuk line telefon ngan internet? kalau pakai broadband pun mase tu xde lg broadband..dial up je pun yg femes..pastu dr gaya diorg cerita, membe meninggal tp mcm xde ape sgt…lg 1 nama2 yg digunakan dlm cerita ni common sgt..so aku concludekan cerita ni BOHONG..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeleton