ikhwanshah.com header

Panduan Permohonan IPTA Melalui UPU bagi Lepasan SPM

Salam sejahtera kepada pembaca yang kacak lagi cantik sekalian. Seperti yang korang semua tahu, keputusan SPM bagi tahun 2010 akan diumumkan pada Rabu ini (23 Mac). Perasaan takut, gabra, suka, cuak, bimbang dan resah semuanya dapat Ikhwan rasa di dalam hati sekarang. Seperti calon-calon SPM yang lain, harapan Ikhwan cuma satu, lulus semua subjek dengan cemerlang. Amin.

Kebiasaannya, setelah keputusan SPM diumumkan, bakal mahasiswa akan berpusu-pusu ke BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk membeli PIN. Mengapa perlu membeli PIN? Tujuannya adalah untuk permohonan IPTA melalui laman web UPU. Ikhwan pun tak paham mengapa perlu bayar untuk memohon, kata pendidikan percuma? Hari ini, Ikhwan bukan nak kupas mengenai isu itu, tapi ingin berkongsi panduan memohon IPTA melalui UPU bagi lepasan SPM/setaraf.

Langkah pertama, korang mesti mempunyai PIN UPU (Fasa 2) yang dibeli di BSN. Sebenarnya mudah saja, mula-mula korang pergi BSN yang berdekatan, ambil slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUTAN (warna biru), isi bahagian NAMA, NO. KAD PENGENALAN, TANDATANGAN DAN TARIKH. Untuk jenis urusan pula, korang tanda pada LAIN-LAIN dan tulis PIN UPU FASA 2 (SPM). Harga bagi PIN UPU adalah RM10.60.

Contoh slip PIN Bank Simpanan Nasional.

Langkah kedua, masuk laman web rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/upu.php. Seterusnya, klik pada ‘Lepasan SPM/Setaraf‘ di bahagian eBorang. Pastikan korang kenalpasti kategori dan baca arahan sebelum mengisi borang kemasukan.

Panduan mengisi borang.

Nota : Setelah selesai membuat permohonan, korang hanya dibenarkan untuk mengemaskini borang sebanyak 3 kali sahaja. So, pastikan korang isi maklumat dengan tepat dan baca arahan betul-betul. Tarikh permohonan bermula pada 10 Januari 2011 hingga 4 April 2011.

Bagi siapa yang tidak dapat hadir atau sibuk pada 23 Mac ni, korang juga boleh semak keputusan SPM melalui SMS. Caranya mudah saja, cuma taip SPM RESULT[Nombor KP] dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM0.35. Semakan hanya boleh dilakukan bermula 10.00 pagi (23 Mac 2011) dan tamat pada 11.59 malam pada hari yang sama.
sumber : denaihati.com

Ikhwan : Lebih suka isi borang selepas mendapat result supaya dapat bandingkan keputusan dengan syarat kemasukan program-program yang ditawarkan.

Incoming search terms:

  • borang upu
  • upu pin
  • pin upu
  • http //upu mohe gov my
  • borang upu lepasan spm 2011
  • panduan mengisi borang UPU
  • borang upu 2011 lepasan spm
  • permohonan upu
  • cara isi borang upu
  • laman web rasmi upu

17 Comments

  1. emanthehalia says:

    ape2 pon good luck SPM =)

  2. Zida says:

    Wah bagus entri ni. Nak mintak izin share boleh?? Heheh kalau boleh je la.

    1. Ikhwan says:

      Boleh je, Ikhwan tak kisah.

  3. Haz says:

    ikhwan kita sama umur la..
    Insyaallah,Kita Boleh.
    Entri terbaru Haz, Thanks Nuffnang!

    1. Ikhwan says:

      Salam perkenalan. *laga pipi*

      1. FD says:

        nanti dpt result gempak, buat kontest ye.. hehe

        1. Affan says:

          macam2 lah ko. dah2 g study, turn ko pulak tahun ni!
          Entri terbaru Affan, Panduan Asas Menggunakan Commentluv

  4. zik says:

    sesiapa yang layak boleh apply ikut guideline atas nie… molek sangat dah nie… kepada yang berkenaan silalah download2x.. hehe
    Entri terbaru zik, Juara Imam muda musim ke2 bakal jadi mufti

    1. Hisyam says:

      bro zik nak apply jugak ke? Hehehe. yang penting pelajar lepasan SPM mesti pilih jalan terbaik kemana arah selepas ini.
      Entri terbaru Hisyam, Tahniah Pada Pelajar Lepasan SPM 2010

  5. [...] kedua, masuk laman web rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/upu.php. Seterusnya, klik pada ‘Lepasan SPM/Setaraf‘ di bahagian eBorang. Pastikan korangkenalpasti [...]

  6. shakira says:

    ape ag?rebutla pluang yg ada to..chaiyok2..

  7. sak says:

    mcm mna dgn result??

  8. nurazam says:

    nak tanye…~ pin matrikulasi dkat BSN tu sme dengan pin UPU kew…??? ==”

  9. [...] ← Kembali Terus ke sumber Ruangan Iklan? 468×60 – Email Kami! var _wau = _wau || []; _wau.push(["small", [...]

  10. tomoshi says:

    salam.. kalu x smpat nak beli no pin mcm mana? x boleh msuk u lah?

    1. Ikhwan says:

      klo tak ada pin upu maknanya mmg tak dptlah nak apply..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeleton