ikhwanshah.com header

Prestasi Blog Untuk Bulan Februari – BE Pertama Dari Nuffnang

Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Tup tap tup tap, dah masuk bulan March. Masa berlalu begitu pantas, keputusan SPM bakal keluar tidak lama lagi (kemungkinan 7 March 2011), perasaan takut dan gabra mula menyelubungi diri. Isya-Allah, jika ada rezeki Ikhwan bercadang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA bersama kakak. Banyak perkara manis dan pahit yang Ikhwan lalui pada bulan Februari, dari pulang ke Kuala Lumpur bersendirian hingga memandu kereta buat pertama kalinya. Kalau nak cerita satu per satu memang tak dapat, so Ikhwan hanya tulis mana yang boleh dijadikan kenangan. Itulah tujuan blog ini diwujudkan, mencatat segala peristiwa-peristiwa penting yang dilalui oleh Ikhwan untuk rujukan akan datang.

Hari ini Ikhwan tak mahu cerita pasal jadual harian – makan tidur berak cangkung, tapi prestasi blog ini dan blog mylirik sepanjang bulan Februari. Entri ini Ikhwan tujuan kepada semua blogger di luar sana, sebagai pembakar semangat untuk terus berblogging – walaupun sebenarnya trafik taklah tinggi mana.

ikhwanshah.com

Prestasi Februari 2011
Klik gambar untuk tumbesaran.

  • 1,367 Visits
  • 2,411 Pageviews
  • 1.44 Pages/Visit
  • 77.95% Bounce rate
  • 00:01:17 Avg. Time on Site
  • 87.19% New Visits

Pada pendapat Ikhwan, trafik blog ini berada di tahap rendah dan masih banyak yang perlu dibaiki. Ikhwan akan cuba untuk kemas kini blog sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan bereksperimentasi dengan keyword. Korang perasan tak trafik pada 28hb naik mendadak? Itulah penangan “Kisah Rumah Sewa RM50 di Seksyen 2 Shah Alam“. HAHA, tambahan pula hari itu blog ini telah di-mention oleh DJ Oh! Media FM, Affa. *Bangga sekejap*

mylirik.com

Prestasi Februari 2011
Klik gambar untuk tumbesaran.

  • 7,746 Visits
  • 12,704 Pageviews
  • 1.64 Pages/Visit
  • 76.03% Bounce rate
  • 00:01:42 Avg. Time on Site
  • 86.74% New Visits

Dalam gambar terdapat 4 hari yang menunjukkan trafik kosong, tapi sebenarnya tidak cuma tracking code Google Analytics terganggu sedikit. Sepanjang 4 hari tu, Ikhwan lakukan pengubahsuaian layout blog kasi nampak menarik Smile.
______________________________________________________

Sebelum itu, Ikhwan ingin memberitahu yang Nuffnang baru saja memberi BE sulung untuk blog ini. Terima kasih @Nuffnang! Permulaan bulan March yang indah <3

Nuffnang BE 2011

Ikhwan : Ingat, hanya klik jika berminat!

10 Comments

  1. DaHLia says:

    wahhh DJ tolong promosiConfused
    beshnyaaaaaaa
    Entri terbaru DaHLia, Momentos Tesisito …

    1. Ikhwan says:

      radio online je.. bkn radio komersial.. hehe

      1. Affan says:

        kenapa die mention?
        share lah, haha.
        nama die affa, aku affan, kenalah tu. kehkeh
        Entri terbaru Affan, Tempat strategik untuk solat bagi pelajar luar negara

        1. Ikhwan says:

          haha. entahlah. hari tu dia buat segmen “terjah profile FB”. entah mcmana aku ble trkena lak. hbis maklumat aku di-mentionnya.

  2. zik says:

    mantap2.. dapat BE dah tuh… hehe
    Entri terbaru zik, Kartun malaysia- Ragam budak ofis

  3. Remedy says:

    Tahniah buat Ikhwan….maintain traffic betul2 ya…biar BE sentiasa melekat
    Entri terbaru Remedy, Organik Trafik- Langkah Mudah Dan Percuma Tarik Pengunjung

  4. aizuddin says:

    itu baru kena mention kat radio..belumkat fanpage..hehe
    Entri terbaru aizuddin, Saya Mahu Trafik Blog Dari Twitter

    1. Ikhwan says:

      BE tu buffered earning Wink
      earning berdasar impression dan hits

  5. faris says:

    nuffnang ok ke bro…innity perlukan trafik yang banyak kan kalau nak apply…
    Entri terbaru faris, Banjir gelombang kedua di kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeleton