ikhwanshah.com header

Senarai Juara AJL 1986 – 2009 | Rahsia Disebalik Promo AJL 25

Reda sudah demam bola sepak, kini tiba pula bahang AJL 25. Seperti yang kita ketahui esok, 9 Januari 2011 adalah peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25). Sebanyak 14 lagu akan berentap untuk menjulang anugerah yang paling berprestij dalam industri muzik Malaysia. Juara AJL 25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000). Tahun ini, Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail masih lagi diberi tanggungjawab menjadi hos AJL 25. Music Mapping atau pemetaan muzik pula ialah konsep yang akan digunakan pada malam gemilang tersebut.

AJL 25

Untuk edisi AJL ke-25, kita turut disajikan dengan 3 iklan promo AJL yang sangat mencuit hati. Promo ini dilakonkan sendiri oleh 3 orang pengacara AJL 25 iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail. Promo ini memperlihatkan Ally Iskandar dan Faizal Ismail yang cemburu antara satu sama lain sejak mereka kecil hingga ke dewasa.

Babak 1


Info : Kisahnya bermula apabila Faizal dan Ally berebut bagi mendapatkan tempat letak kereta. Kemudian, kita dibawa ke babak pergaduhan antara mereka ketika kecil di sebuah pusat asuhan (tahun 1986). Budak berbadan besar memainkan watak Faizal Ismail, manakala budak yang sedang menangis sebagai Ally Iskandar. Untuk pengetahuan anda, budak berbadan besar itu telah disapu dengan bedak yang berwarna gelap bagi merealisasikan watak Faizal Ismail. Budak yang sedang menangis itu pula dikatakan menangis sepanjang shooting. Kereta yang digunakan dalam babak ini adalah Maserati (RM 1.2j) dan Ferrari (RM 1.8j).

Babak 2


Info : Kisah kedua pula berlaku di dalam kelas sebuah sekolah. Murid rendah yang dipanggil oleh cikgu memainkan watak sebagai Ally Iskandar (umum mengetahui Ally Iskandar punya masalah ketinggian) manakala budak “berlagak” sebagai Faizal Ismail. Tahukah anda kedua-dua budak di dalam iklan tersebut sebenarnya sama tinggi? Budak yang memegang watak Faizal Ismail itu sebenarnya berjalan di atas kotak supaya mendapat ketinggian yang lebih dari watak Ally Iskandar. Seluar budak itu turut dilondehkan supaya kelihatan lebih tinggi! Kesemua murid-murid di dalam kelas itu adalah peserta program realiti Bintang Kecil.

Babak 3


Info : Situasi terakhir berlaku ketika mereka menuntut di kolej. Si Faizal Ismail “konon”nya ingin tumpangkan Cheryl Samad tetapi kesudahanya hampeh, kerana dia cuma ada satu helmet. Kemudian, Ally Iskandar datang dengan bangganya membawa helmet lebih. Ada yang mengatakan mulai tahun 2003, rambut Faizal Ismail mula gugur dan botak hingga kini.

Lagu latar bagi setiap video promo di atas adalah Juara Lagu pada tahun yang dinyatakan dalam setiap video tersebut.

Juara Lagu 1986 – Sekadar di Pinggiran oleh Francisca Peters
Juara Lagu 1991 – Takdir Dan Waktu oleh Mega
Juara Lagu 2004 – Rela Ku Pujuk oleh Spider (Yang ni pelik sikit. Kenapa ditulis tahun 2003 sedangkan lagu tu Juara Lagu tahun 2004?)

Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 25 :

Faizal Tahir – Hanyut
Shahir – Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Hafiz – Noktah Cinta
Meet Uncle Hussain dan Black – Drama King
Adira – Ku Ada Kamu
Yuna – Cinta Sempurna
A.P.I – Pelita
Tomok – Berlari
Black – Sofea Jane
Hujan – Mencari Konklusi
Faizal Tahir – Selamat Malam
Bunkface – Ekstravaganza
Stacy – Jahat
Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku

Mari kita imbas kembali juara-juara AJL yang lepas, dari tahun 1986 hingga 2009.

Senarai juara-juara AJL tahun 1986 hingga 2009 :

Francesca Peter – Sekadar di Pinggiran (1986)
Zaiton Sameon – Menaruh Harapan (1987)
Ramlah Ram – Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (1988)
Kumpulan Search – Isabella (1989)
Aishah – Janji Manismu (1990)
Kumpulan Mega – Takdir dan Waktu (1991)
Nash – Pada Syurga di Wajahmu (1992)
Fauziah Latiff – Teratai Layu di Tasik Madu (1993)
M. Nasir – Tanya Sama Itu Hud-hud (1994)
Aishah – Cinta Beralih Arah (1995)
Siti Nurhaliza – Jerat Percintaan (1996)
M. Nasir & Jamal Abdillah – Ghazal Untuk Rabiah (1997)
Siti Nurhaliza – Cindai (1998)
M. Nasir – Andalusia (1999)
Siti Nurhaliza – Balqis (2000)
Yassin – Mimpi Laila (2001)
Nurul dan Ajai – Keliru (2002)
Misha Omar – Bunga-bunga Cinta (2003)
Kumpulan Spider – Rela Ku Pujuk (2004)
Jaclyn Victor – Gemilang (2005)
Adibah Noor – Terlalu Istimewa (2006)
Estranged – Itu Kamu (2007)
Meet Uncle Hussain – Lagu Untukmu (2008)
Aizat – Pergi (2009)

Bagi mereka yang berada diperantauan, anda boleh menonton secara live streaming di tonton.com.my, ajl25.tv3.com.my ataupun dengar secara online di hotfm.com.my.

P/s : Korang rasa siapa bakal merangkul Juara AJL 25 esok?

P/ss : Ana Raffali telah menjuarai AJL pada tahun ini, tahniah!

Incoming search terms:

  • senarai juara lagu
  • senarai juara ajl
  • senarai pemenang ajl
  • ajl 1986
  • juara lagu 1991
  • anugerah juara lagu 1986
  • juara ajl 1996
  • ketinggian ally iskandar
  • senarai juara-juara ajl
  • juara ajl 2009

11 Comments

  1. aizuddin says:

    thanks info..rasanya hanyut kot leh menang
    Entri terbaru aizuddin, Maher Zain – Never Forget ft Mesut Kurtis

  2. Ali ridha says:

    ada harapan aku menang.
    Faizal tahir…….
    Entri terbaru Ali ridha, Blogger 2008 dalam kenangan

  3. suka hujan tapi rasanya faizal tahir menang.
    lagu hanyut tu Smile
    Entri terbaru sayang amirah, The History of Encik tut

  4. deCrewz says:

    Hu3.. Semua x kena.. Skali cik ana kita da…. Tp ramai pulak org x puas hati cik ana menang.. dah rezeki dia kan….he3
    Entri terbaru deCrewz, Facebook Ditutup Sebab Kena Hack

    1. Ikhwan says:

      Faizal Tahir pun tak menang besar untuk AJL kali ini.

      1. decrewz says:

        Nasib baik x lemas..he3
        Entri terbaru decrewz, Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan

  5. lizz says:

    dah tahu dah kan pemenang??hahahahaha!!! hanyut dah hanyut.oh, sedey tapi rezeki masing-masing…tak apa lah
    Entri terbaru lizz, 10 Perkara Tentang Tuan Blog Cap Ayam Serama

    1. Ikhwan says:

      Tak pe, tahun depan FT boleh cuba lagi. Smile

  6. Ali ridha says:

    tumpang gembira aku si ana tu menang.
    Entri terbaru Ali ridha, Facebook bakal ditutup kerana tekanan kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeleton