Salam guys! Apa khabar semua? Harap baik-baik belaka la ye. Seperti yang kita maklum, syarikat pengiklanan memainkan peranan penting kepada para blogger. Jika kita jejak sesuatu blog, tak sah kalau tak ada iklan daripada syarikat pengiklanan seperti Nuffnang dan Innity. Melalui syarikat-syarikat inilah, para blogger dapat mencari pendapatan sampingan untuk membayar hosting, domain dan bil-bil etc. So, hari ni Ikhwan nak kongsi beberapa syarikat pengiklanan yang terdapat di Malaysia.
Nuffnang

Nuffnang telah dilancarkan pada Februari tahun 2007 oleh dua pemuda iaitu Timothy Tiah Ewe Tiam dan Cheo Ming Shen. Nuffnang merupakan platform bagi pengiklan untuk memaparkan iklan mereka pada hampir 100 ribu blog yang berdaftar dengan Nuffnang. Nuffnang sememangnya telah berjaya meluaskan pengaruh mereka bukan sahaja di Asia Tenggara (Malaysia, Singapura dan Filipina) malahan Australia dan China. Nuffnang juga telah mendapat perhatian media dengan kemunculan mereka di The Star, Malaysia serta The Sunday Times, Singapura dan akhbar-akhbar lain. Setiap blog yang berdaftar dengan Nuffnang berpeluang untuk mendapat status Glitterati (ahli klub eksklusif Nuffnang) sekiranya blog mereka tidak berdaftar dengan pengiklan lain di Asia Tenggara.

Bagi mereka yang memiliki status Glitterati, mereka akan diberi kelebihan dari segi :
1. Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik
Ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% – 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
2. Terma pembayaran
Pembayaran pendapatan selalunya dibayar dalam tempoh spesifik seperti 60 atau 90 hari tetapi bagi ahli Glitterati Nuffnang tempoh akan dipendekkan ke 30 hingga 40 hari.
3. Peluang advertorial
Hanya ahli Nuffnang Glitterati sahaja yang boleh menyertai kempen advertorial.
4. Aktiviti Komuniti
Bagi setiap aktiviti yang diadakan, pihak Nuffnang akan menyediakan 70% tempat duduk untuk ahli Nuffnang Glitterati.
5. Peraduan
Prioriti akan diberikan kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger biasa.
6. Innit
Innit merupakan laman web yang dibangunkan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang.
Program Loyalti Nuffnang
Nuffnanger Eksklusif |
Nuffnanger Bukan Eksklusif |
|
| Kadar Bayaran (CPM) | Band Set A. Pendapatan adalah 20-50% lebih Tinggi dari kadar pendapatan blog semasa. | Band Set B. Pendapatan adalah 20-50% lebih Rendah berbanding Nuffnanger Eksklusif. |
| Kadar Bayaran (CPC) | 60% lebih tinggi berbanding kadar biasa. | Kadar biasa. |
| Terma Pembayaran | 30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan | 60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan |
| Peluang Advertorial | Layak | Tidak layak |
| Aktiviti Komuniti | 70% tempat duduk diberikan kepada ahli. Jemputan tetamu dibenarkan. | 30% tempat duduk diberikan kepada ahli. |
| Pemenang Peraduan | 70% hadiah diberikan kepada ahli | 30% hadiah diberikan kepada ahli |
| Pengunaan Innit.com | Layak | Tidak layak |
| Pemilihan untuk Iklan CPUV | Diberi prioriti | Tidak diberi prioriti |
ChurpChurp

ChurpChurp adalah anak syarikat kepada Nuffnang yang berfungsi sebagai sebuah media pengiklanan yang bergerak atas platform social networking seperti Facebook dan Twitter. Terdapat 3 jenis cara untuk menambah pendapatan melalui ChurpChurp iaitu social sharing, social seeding dan scheduled tweet.

● Social sharing
Sebarkan berita atau info mengenai iklan tertentu kepada rakan-rakan untuk mendapatkan ganjaran! Pilih satu kempen (iklan) yang ingin anda kongsi, dapatkan personal link, dan sebarkan info tersebut melalui media sosial. Ganjaran akan dikira melalui setiap klik link tersebut. Tapi ingat, jangan cuba untuk SPAM ketika berpromosi.
● Social seeding
Hantar berita atau info mengenai iklan tertentu di Twitter, Facebook ataupun forum secara manual berdasarkan keyword yang diberikan oleh pengiklan. Hanya berita atau info yang menepati syarat-syarat akan disiarkan.
● Scheduled tweets
Tulis info mengenai kempen (iklan) untuk dihantar di Twitter anda. Pastikan semua tweet anda mempunyai keyword yang ditetapkan oleh pengiklan. Tidak semua publishers akan mendapat kempen scheduled tweet kerana pengiklan hanya memilih publishers yang mempunyai targeted followers untuk iklan mereka.
Sebenarnya ada banyak lagi syarikat pengiklanan (blog advertising) yang terdapat di Malaysia. Tetapi setakat ni dahulu yang Ikhwan boleh share dengan korang. Nak listkan semua terlalu banyak, so Ikhwan akan pecahkan kepada part-part. Nantikan part kedua senarai syarikat pengiklanan di Malaysia. Gambateh!
Ikhwan : Entri ‘Senarai Syarikat Pengiklanan di Malaysia Part 2′ dah siap! Jom baca.
Incoming search terms:
- periklanan di malaysia
- pengiklanan di malaysia
- contoh syarikat pengiklanan
- churpchurp
- senarai pengiklan untuk blog
- syarikat pengiklanan di kuala lumpur
- nuffnang malaysia
- churpchurp malaysia
- syarikat akhbar yang terdapat di malaysia
- senarai syarikat iklan di kuala lumpur


selama ni join nuffnang tapi tak tau hape pasal nuffnang.. thanks!!1
Sama2 bro. Hamba pun baru lgi dlm dunia blogging ni
Walaopun gliteraati, tapi rasanya, wang sikit saja…tak banyak Nuffnang nak bagi, kena rajin buat advertorial post la.
Join Exabytes Angel Program now and get RM50 bonus upon sign up.
http://exabytes.com.my/partners/angel/
Rasanya kempen advertorial (BE) dipilih oleh pengiklan bukannya pihak Nuffnang.
dalam 2 minggu bt blog nuffnang 2 minggu gak lah dlm blog aku…
tpi RM0 lgi… newbie lgi….
Entri terbaru P bo, Nahas Bas Cameron Highlands-Simpang Pulai BHO
Dia perlukan masa bro. Tak boleh dalam 2 minggu terus leh cashout. Kena sabar sikit. Dulu Ikhwan pun macam tuh. Sikit je dia kasi. Bila dah lama sikit berbuah la hasil
tu lah bro… bro ada tips tak tuk nuffnag ni tuk newbie mcm sye ni…
Entri terbaru p bo, Nahas Bas Cameron Highlands-Simpang Pulai BHO
Nak tips?
1. Selalu update blog. (3 kali seminggu sudah memadai)
2. Maintain traffik. (kalau 100UV sehari pun dh OK)
3. Pastikan iklan nuffnang diletak pada kawasan yang mudah dinampak. (kalau selindung pengiklan takkan pilih blog kita)
4. Selalu update survey untuk blog kita.
5. Tawakal
Sebenarnya iklan BE diberi sendiri oleh pengiklan (sprti Celcom & Digi) dan bukannya pihak Nuffnang. Diorang ni selalunya pilih blog yang menepati targeted visitor. Contoh : Blog bro niche infomasi/gadget. Celcom pulak nak beriklan di blog infomasi. So kelebihan blog bro akan pilih untuk BE lebih tinggi sbab menepati citarasa diorg (pengiklan).
Tq berbanyak bro…. ilmu yg bagus…dan terus dipraktikkan…ari2 lgi bagus update kan bro..tuk newbiela…
Entri terbaru P bo, Nahas Bas Cameron Highlands-Simpang Pulai BHO
banyak lagi la…bukan 2 ni je..
Bro ni baca entry ni smpai habis atau tak? Ikhwan ada mention yang byk lagi syrikat2. Tapi kena pecah2 kpd bberapa part sbb nnti tulis pjg2 org mls nk baca.
[...] This post was mentioned on Twitter by Ikhwan Shah. Ikhwan Shah said: Senarai syarikat pengiklanan di Malaysia Part 1 http://johoreanbloggers.com/read/6964 [...]
nice! penjelasan yang sangat bagus aku tunggu untuk part 2
Thanks and stay tune
bape lama income akn tercatat dlm account di nuffnag from 1 day start letak iklan nuffnag kat blog?
rasanya satu atau dua minggu. lepas tu, earning akan diupdate seminggu sekali.
bilangan org masuk or org klik nuffnag?
Entri terbaru xcyber, Konsert Korea Pop Stars live in Malaysia!
[...] Ikhwan bukan seorang pelajar lagi. Hehe, nuff said. Maaf, sepatutnya entri sambungan bagi “senarai syarikat pengiklanan di Malaysia” di-publish semalam (2 Jan 2011), tetapi disebabkan kesibukan yang melampau, terpaksa tangguh [...]
[...] baik jalan raya di Kuching ni jarang trafik jam. Kalau tak, memang makin mendidih aku dalam kereta. Nuff said. Di sebabkan tak ada kedai perabot yang buka, kitorang pergi la ke Court Mammonth. *Dekat [...]
[...] Belakangan ini, ramai blogger yang mengeluh kerana susah mendapat buffered earning (BE) daripada Nuffnang sehingga melabelkan Nuffnang ‘pilih kasih’. Ada yang mengaitkan berlakunya perkara ini [...]
[...] Denai Hati. Marilah kita memeriahkan lagi dunia blogging dan saling kenal mengenali. Ikhwan : Dear Nuffnang, BE i dah tamat. Bagilah lagi /* Eat this Google: 5 blog paling kerap dilawati 2011, [...]
bro, nice info.
camne tuk dapat trafik yang
1) banyak ?
2) konsisten ?
info yg sgt2 berguna…good job bro
bro macamana nak daftar churpchurp???
Ni urlnya bro..
http://goo.gl/IfZhZ
P/s : Pastikan bro ada akaun Twitter/Facebook sebelum mendaftar.
bro kalau saya nak buat iklan saya dekat churp2 macamana bro , boleh bagi tip atau info , bende2 macam ni saya lmh skt ,
Nak buat iklan?
Maksud bro?
Nak daftar dengan diorang sebagai ejen (promoter) atau nak promote produk sendiri?
Kalau nak beriklan boleh hubungi mereka di bahagian ‘contact us’. http://www.churpchurp.com/contact-us/#!/submit
Thanks.
[...] nak berbelanja saja. Maybe aku akan cuba untuk mencari peluang buat duit online seperti biasa. Duit ChurpChurp hampir boleh cashout, beberapa ringgit saja lagi. Nuffnang pula adalah dalam enam puluh ringgit [...]