ikhwanshah.com header

(Sinopsis, Trailer & Review) Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum guys! Tak jawab dosa, hehe.
Petang tadi, Ikhwan sempat keluar ke Spring Kuching untuk menonton filem Hikayat Merong Mahawangsa atau tajuk komersialnya, The Malay Chronicles: Bloodlines. Tetapi kali ini Ikhwan hanya pergi berseorangan kerana rakan-rakan lain sibuk a.k.a tak ada duit. Agak pelik juga rasanya tonton wayang bersendirian, mungkin kerana selalunya Ikhwan pergi dengan member. Tak kisahlah, sekali-sekala nak juga rasa perasaan orang yang lonely tanpa awek. Opss! Kalau duduk rumah saja pun bukannya bagus sangat, boleh mati kebosanan dibuatnya. Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kali pertama Ikhwan excited mahu tengok filem melayu. Aura dia lain macam sikit. Entah kenapa, Ikhwan pun tak tahu. Mungkin penangan selepas membaca review filem ini di Oh! Artis.

Poster Hikayat Merong Mahawangsa

Tajuk Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa

Pengarah:
Yusry Abd Halim

Penerbit:
KRU Studios

Tayangan (Malaysia):
10 Mac 2011

Pelakon:
Stephen Rahman Hughes
Jing Lu
Gavin Stenhouse
Craig Robert Fong
Eric Karl Henrik Norman
Keith Chong
W. Hanafi Su
Dato’ Rahim Razali
Khir Rahman
Ummi Nazeera
Nell Ng
Jehan Miskin
Umi Aida
Kuswadinata
Mano Maniam
Ravi Sunderlingam

Sinopsis:
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Kelebihan :
1. Teknik kesan khas visual (CGI) yang digunakan oleh KRU Studios kali ini agak berbeza, menakjubkan dan lebih realistik berbanding filem-filem lepas. Cuma ada sebahagian part yang perlu diperbaiki. (Contoh : Ketika berlaku kebakaran di atas kapal, apinya nampak sedikit fake.)
2. Pemilihan kawasan penggambaran tepat. Pemandangan tepi pantai, perkampungan Langkasuka dan Pulau Geruda memang cun habis. Katanya penggambaran telah dijalankan di beberapa buah negeri di Malaysia dan lebih 90% adalah di Terengganu. Siapa kata Malaysia tiada tempat indah dan menarik?
3. Aksi lawan dan pergaduhan one by one perlu diberi pujian. Kudos kepada krew yang terlibat!
4. Props, busana dan costume yang digunakan dalam filem ini sungguh awesome! Betul-betul membawa penonton ke zaman kurun ke-2.
5. Menampilkan pelakon-pelakon daripada pelbagai kaum. Ada part suspen, lawak dan sedih, bak kata orang secukup rasa.

Kelemahan :
1. Teori Archimedes di dalam filem ini sebenarnya tidak benar (disahkan sendiri oleh Mythbusters). But, who cares? Dah nama pun cerita dogeng. LOL.
2. Ketika Merong dan gengnya sibuk bertarung di medan, langsung tiada kesan darah pada badan Merong, Embi, Putera Rom mahupun Laksamana (perisai dia bersih gila).

Secara peribadi sebagai penonton, Ikhwan beri 4/5 bintang untuk filem ini. Ikhwan berharap KRU Studios akan terus menghasilkan karya-karya hebat seperti ini. Jangan lupa untuk menonton filem ini di panggung berdekatan anda!

Ikhwan : Tahniah Yusry, pihak KRU Studios dan krew pembabitan kerana berjaya menghasilkan sebuah filem epik yang mampu memukau mata seluruh rakyat Malaysia! Thumbs up!

Incoming search terms:

  • sinopsis hikayat merong mahawangsa
  • sinopsis hikayat merong mahawangsa movie
  • sinopsis film hikayat merong mahawangsa
  • sinopsis filem hikayat merong mahawangsa
  • hikayat merong mahawangsa sinopsis
  • sinopsis merong mahawangsa
  • plot filem merong mahawangsa
  • plot hikayat merong mahawangsa
  • hikayat merong mahawangsa review
  • filem hikayat merong mahawangsa sinopsis

5 Comments

  1. TenangSudey says:

    ramai gak puji cite ni.. rase mcm nak pegi tengok la camtuh..
    Entri terbaru TenangSudey, Perigi Cari Timba dan Jodoh- Bagus Sangat ke Lelaki

  2. antudegil says:

    nak beat 8M senang je ni kut.. siap kalau untung pun mungkin around 2-3M je.

  3. Adilla says:

    Teringin nak nonton. Belum ada rezeki. Suka lagu Sedetik Lebih tu!
    Entri terbaru Adilla, DALAM SEHARIKU JUGA AIZAT DAN YUNA

  4. mimi says:

    mesti tonton! siapa tak tengok memang rugi!hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Click to Insert Smiley

SmileBig SmileGrinLaughFrownBig FrownCryNeutralWinkKissRazzChicCoolAngryReally AngryConfusedQuestionThinkingPainShockYesNoAlienAngelClownCowboyCyclopsDevilDoctorFemale FighterMale FighterMohawkMusicNerdPartyPirateSkywalkerSnowmanSoldierVampireZombie KillerGhostSkeleton