ikhwanshah.com header

Tentang

Nama : Muhammad Ikhwan Shah
Umur : 18 tahun
Tarikh lahir : 3 September 1993
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Hobi : Menulis blog / Menonton filem
Status : Bujang
Pekerjaan : Pelajar / Blogger Sambilan
Email : hoi [-at-] ikhwanshah.com

*Gantikan [-at-] dengan @

Peribadi “A to Z” yang perlu korang tahu pasal Ikhwan.

Aktif – Walaupun Ikhwan ni asyik mengadap komputer peribadi blogging sana, chatting sini. Ikhwan tetap aktif dalam sukan seperti futsal dan tenis.

Benci – Ikhwan benci dengan orang yang tidak ucap terima kasih selepas mendapat pertolongan. Bukan nak merungut atau ungkit, tapi at least ucaplah “terima kasih”. Bukannya keluar duit pun.

Couple – Seumur hidup Ikhwan, Ikhwan tak pernah ber”couple” (setakat ini). Bukan malu atau segan dengan perempuan, tapi Ikhwan rasanya belum sampai masanya lagi.

Durian – Selain buah manggis, Ikhwan juga suka makan buah durian. Teringin pulak nak makan kek durian.

Empat – Ikhwan ada empat orang adik beradik. Seorang kakak dan dua orang adik. Ikhwan anak yang kedua Razz

F

Green Day – Fauvorite band Ikhwan . Lagu-lagu yang diorang mainkan semua dekat di hati *tiru tagline tv9* Ikhwan, terutama lagu 21 Guns.

Hobi – Hobi Ikhwan masa lapang adalah melayari Internet. Mesti ada yang kata dalam hati, “Ikhwan ni tak ada life ke?”. Bukan tak ada life, tapi bagi Ikhwan Internet banyak faedahnya. Kalau korang nak tahu Google adalah guru Ikhwan di rumah.

Iwan – Nama panggilan Ikhwan di rumah. Kalau di sekolah / luar orang panggil Ikhwan je.

Jarred – Nama sahabat kawan Ikhwan semasa tingkatan 3, 4 dan 5. Selalu ajar Ikhwan dalam subjek Bahasa Inggeris. Jangan terkejut kalau Ikhwan kata, dia bukan bangsa Melayu. Dia orang Eurasian, bapa orang European dan emak orang Asian.

Kuala Lumpur – Tempat kelahiran Ikhwan. Sekarang Ikhwan menetap di Kuching bersama keluarga. Rindu sangat dengan saudara dan rakan-rakan di sana,.

Lapan belas – 18 December 2010 adalah tarikh Ikhwan bina blog ini. Tarikh ini mungkin Ikhwan ada ingat sampai bila-bila.

M

N

O

P

Q

R

Sony Ericsson K510i – Telefon bimbit pertama yang digunakan oleh Ikhwan. Kalau tak silap, Ikhwan beli selepas Hari Raya Aidilfitri 2006 atau 2007. Ikhwan pun dah lupa.

Tiga September – Tarikh Ikhwan dilahirkan. Jangan lupa bagi hadiah okeh? *wink wink*

UiTM – Sedang menuntut di Universiti ini.

V

W

X

Y

Z

*Akan di-update dari semasa ke semasa

Incoming search terms:

  • trip ke kuching bersama keluarga