Artikel ni mungkin taklah sehebat artikel-artikel buat duit di blog earncent.com.
Rasanya hampir semua blogger kenal dengan titan yang popular dengan blog make money online-nya. Tiap kali ada lubuk emas atau program buat duit baru mesti dia akan buat kajian kes, edisi siasat bla bla bla. Tak cukup dengan tu, dia siap dedah panduan dan tips untuk bantu blogger-blogger noob macam aku. Part paling best, bila dapat komisen mesti dia akan show off dekat blog. Hahaha.
Aku mungkin baru lagi dalam dunia blog (baru lagi ke, padahal dah masuk 3 tahun?), so tak mampu la nak tandingi bilangan cek dari Nuffnang si titan. Semalam (Jumaat), aku terima surat daripada syarikat Nuffnang untuk bayaran ketiga. Nak kata banyak tak, nak kata sikit tak juga. Cukuplah duit untuk bayar sewa broadband RM68 untuk 2 bulan. Opss..

Bagaikan dapat kereta percuma selepas menang loteri, satu lagi berita baik datang kepada aku. Godek-godek akaun Nuffnang dapat dua buffered earning bertajuk DiGi Year End Sale (PMEB) dan Sloggi Girls’ Night Out-Teaser. Jutaan arigatou gozaimashita kerana sudi beriklan di blog buruk aku. Tips yang aku mampu beri adalah update, update dan update. Pastikan blog korang sentiasa di kemaskini dengan artikel baru. Jangan biarkan Nuffnang cop blog korang sebagai blog ‘mati’. Hias-hias sikit blog biar nampak kemas dah profesional. Barulah ada syarikat tertarik untuk beriklan.
Just nak bagitahu yang life aku di UiTM semakin teratur selepas ketewasan aku kepada kuiz calculus. Cuma dapat 3 markah daripada 21
Sekarang aku dah boleh adopt sikit berbanding dulu yang rasa macam orang bodoh saja bila jawab soalan. Aku juga telah bercadang untuk part time menjual air tin di kampus minggu depan. Setelah di hitung tolak, dalam seminggu maybe boleh perolehi RM15 ke RM25. Bolehlah aku kumpul duit beli iPad 3 yang dikatakan bakal keluar hujung March nanti.
Sebagai penutup artikel kali ini, mari nanahkan telingan dengan lagu Sesaat Kau Datang versi Inggeris nyanyian Ramlah Ram dan SleeQ.
Incoming search terms:
- kata-kata terima kasih
- nuffnang
- kata kata terima kasih
- kata terima kasih
- malaysia menang loteri
- terima cek dari nuffnang
- terima sewa


Selamat tahun baru 2012..
Jom join Contest ‘Apa Azam Tahun Baru 2012 Anda?”
Ada hadiah menarik di samping kita berkongsi azam.
Bila kita nyatakan azam kita dalam bentuk tulisan,
lagi cerah untuk berjaya!
Entri terbaru tuanbri, Apa Azam Anda Untuk 2012 ?
tahniah
wah~
manyak best dapat cek dari nuffnang.
apa lagi belanja la teh tarik
Entri terbaru hafidz, Wordless Wednesday – Samsung Galaxy Ace Drop Test
tak sangka ko layan ramlah ram gak. haha..
Entri terbaru titan, Innity makin ketat-petat.
pehh..akak ramlah gitu
Entri terbaru hawiz, jeJaLAN lagi berSAMA student… [=_=]
wahh..nak beli ipad 3 rupanya..
Entri terbaru ohcikgu, Safee Sali dan Safiq Rahim GAGAL ke Cardiff City kerana faktor Usia dan Isu Permit Kerja.
best2 dpt duit..
Entri terbaru Jebeng Otai, Tips Penjimatan Minyak
wahhhhh bestnya dpt cek dr nuffnang.. mak dara asyik 15 hinggit ajelah di acc nuffnang mak tu.. entah bila zaman boleh cash out hahaha
Entri terbaru mak dara, Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012
wah..syukur..murah rezeki
Entri terbaru Jebeng Otai™, Nokia Pureview 808